Wednesday, September 17, 2008

Amalan Di hari Jumaat -

PENDAHULUAN


Nabi Musa serta pengikutnya memiliki hari yang paling utama iaitu hari Sabtu. Nabi Isa pula hari Ahad, Nabi Ibrahim hari Isnin, Nabi Zakaria hari Selasa, Nabi Yahya hari Rabu dan Nabi Adam hari Khamis. Allah SWT menjadikan hari Jumaat merupakan hari yang paling istimewa untuk Nabi Muhammad SAW dan umatnya, kerana pada hari ini tersimpan keutamaan, fadhilat dan hikmah. Pada hari Jumaat Allah meletakkan kelebihan yang tidak terhingga. Pada hari ini terciptanya Nabi Adam, Turunnya ke bumi serta hari dimana baginda wafat. Pada hari Jumaat juga akan terjadinya kiamat. Hari Jumaat sangat besar di sisi Allah, bahkan lebih besar dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha kerana di antara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab, tidak ada tabir penghalang doa insan terhadap ilahi.

AMALAN-AMALAN MALAM JUMAAT.

1) Membaca Surah Al-Kahfi.

Sesiapa yg membaca Surah Al-Kahfi pada malam Jumaat,Allah akan mengampunkan dosanya dari Jumaat ke Jumaat(ianya diberi cahaya kesucian oleh Allah antara Jumaat ke Jumaat). Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dari Abu Said Al-Khudri ra.dari Nabi SAW bahawa Baginda bersabda : Siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat,maka disinari Allah baginyadengan antara dua Jumaat.”

2) Membaca Surah Yaasin.

Dari Abu Hurairah ra.Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:“Sesiapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan.”

Mengenai keutamaan surah Yaasin,Nabi Muhammad SAW telah menyebutkan dalam hadisnya: “Dari Anas ra. Ia berkata : Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati al-Quran adalah Yaasin. Sesiapa yang membaca Yaasin, maka Allah menulis baginya dengan membacanya itu seperti membaca al-Quran sepuluh kali.”

3) Memperbanyakkan zikir, doa dan selawat.

Firman Allah SWT yang bermaksud :“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang beriman ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna kepadanya (Nabi).”

Dari Abdullah bin Mas’ud ra. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku, Allah berselawat(member rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu.”

4) Solat malam Jumaat.

Mendirikan Solat malam Jumaat adalah antara Maghrib dan Isyak dengan 12 rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam.

Lafaz niat “Sahaja aku solat dua rakaat sunat kerana Allah Taala.”
Rakaat pertama selepas doa iftitah, baca al-Fatihah dan kemudian baca surah al-ikhlas sebanyak 11 kali.
Rakaat kedua selepas al-Fatihah jug abaca surah al-Ikhlas 11 kali.
Dirikanlah solat tersebut hingga cukup 12 rakaat.
5) Berjimak.

Malam Jumaat merupakan salah satu malam yang disunatkan melakukan jimak. Berjimak dengan isteri diberi pahala oleh Allah SWT sekiranya dilakukan dengan adab yang diajar oleh Islam. Ini adalah di antara kurnia Allah kepada hambanNya yang senantiasa mengamalkan yangdiperintah dan meniggalkan yang dilarang.

6) Qiyamullail(Solat Malam)

a) Erti Qiyamullai – Bangun pada malam hari untuk mengerjakan ibadah kepada Allah SWT.

b) Diterangkan dalam sebuah hadis yang berasal dari Aisyah ra. Ia berkata, bahawa Rasulullah SAW melakukan solat antara solat isyak dan solat fajar sebanyak 11 rakaat, yang setiap rakaat diakhiri dengan salam, kemudian solat witir pada satu rakaat terakhir.

Antara solat-solat sunat yang dilakukan ialah solat sunat tahajjud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat dan solat sunat witir.

AMALAN - AMALAN SUBUH DI HARI JUMAAT.

Doa sebelum solat subuh. Sebelum solat subuh membaca doa (3 kali) ini yang bermaksud:“Aku memohon keampunan Allah, tiada Tuhan selain Dia yang Hidup lagi yang Berdiri dengan Sendirinya, aku bertaubat kepadaNya.”
Membaca surah As-Sajadah.
Membaca surah Al-insan. Kedua-dua ayat ini dibaca dalam solat subuh.
Memperbanyak zikir kepada Allah SWT. Setelah mengerjakan solat jumaat, perlulah memperbanyakkan mengingati Allah dengan berzikir dan memuji kebesaran Allah SWT.

Selawat terhadap Rasulullah SAW.
Selawat menghapuskan dosa 80 tahun.
Selawat mengangkat darjat dan kebaikan.
Selawat mohon hajat dunia dan akhirat.
Selawat mohon Husnul Khatimah.
Selawat murah rezeki dan menghindari bahaya.
Selawat agar mendapat ampunan Allah.

6) Memperbanyak doa.

Hari Jumaat adalah hari dan masa yang paling mustajab kerana Allah akan memakbulkan doa –doa hambaNya.

Antara doa-doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW agar kita mengamalkannya ialah:
Doa kebaikan dunia dan akhirat.
Doa mendapat kenikmatan (syurga) Ilahi.
Doa menjauhi gangguan syaitan.
Doa agar diampunkan dosa.
Doa agar terhindar perkara buruk.
Mohon rahmat dan ampunan Allah.
Doa terhindar daripada segala bencana.
Doa meluruskan hati.
Mohon ampunan lahir dan batin.
Mohon perlindungan daripada kemarahan Allah.

AMALAN – AMALAN PADA SIANG HARI JUMAAT.

BEBERAPA AMALAN SEBELUM SOLAT JUMAAT.

1) Solat Sunat Dhuha.

Iaitu solat ketika matahari sedang naik iaitu antara jam 8.00 pagi hingga 11 pagi. Jumlah rakaat tidak terbatas dari 2 – 12 rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam.


2) Mandi sebelum pergi solat Jumaat.

Dalam sebuah hadis diterangkan dari Ibnu Umar ra. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : “Siapa di antara kamu yang datang ke Jumaat maka hendaklah ia mandi.”

Permulaan waktu mandi ialah mulai dari terbit fajar sadik di hari Jumaat hingga masuk waktu sembahyang Jumaat.Yang lebih utama ialah mandi ketika hendak berangkat ke Jumaat.

Tujuannya ialah untuk menghalang bau yang tidak sedap melekat di badan.

3) Memakai wangi-wangian.

Rasulullah sangat suka dengan wangi-wangian. Baginda tidak pernah menolak hadiah yang diberikan seseorang dalam bentuk minyak wangi ini.
Rasululllah bersifat zuhud,tawaduk serta mengutamakan orang lain, baginda gemar kepada kebersihan badan dan pakaian.
Rasulullah SAW memotong kukunya, menggunting rambutnya pada hari Jumaat sebelum berangkat ke masjid untuk solat.

4) Bersegera ke Jumaat.

Pergi ke Jumaat dengan segera itu besar sekali pahalanya daripada berlengah – lengah. Jika Imam telah naik ke mimbar, maka sekalian malaikat yang menjaga di pintu – pintu masjid yang menuliskan nama – nama orang yang masuk itu, akan melipat buku catatannya.

5) Mengerat kuku dan mencukur misai.

6) Berdoa ketika pergi ke masjid.

7) Berjalan kaki dan langkah yang tidak terburu – buru.

8) Berdoa ketika masuk ke masjid pada hari Jumaat.

9 ) Janganmelangkah tengkuk orang lain.

Jangan melangkahi tengkuk orang – orang yang ada di dalam masjid kerana ingin saf yang di hadapan.

Dari Abdullah bin Basr ra. Berkata: “Pernah datang seorang lelaki dengan melangkahi tengkuk orang lain di hari Jumaat, sedang Nabi SAW berkhutbah, maka baginda berseru kepadanya : Duduklah engkau, maka sesungguhnya engkau telah menyakiti orang.”

Banyak berzikir dan berdoa.

BEBERAPA AMALAN SELEPAS SOLAT JUMAAT.

1 ) Membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 7 kali.

2) Membaca Surah Al – Falaq sebanyak 7 kali.

3) Membaca Surah An- Nas sebanyak 7 kali.

4) Membaca doa mendapat keutamaan.

5) Solat sunat Ba’diah Jumaat (selesai solat Jumaat).

6) Mencari rezeki.

Firman Allah SWT yang bermaksud ; “Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebarlah kamu di muka bumi ; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak – banyak supaya kamu beruntung.” (Al – Jumu’ah : 10)

Abu Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Aus bin Aus ra. Berkata. Rasullullah SAW bersabda : “Sesungguhnya yang utama dari hari – harimu ini ialah hari Jumaat, di dalamnya terjadi Nabi Adam as, dan dihari itu juga ia meninggal, dan pada hari itu juga akan ditiupkan sangkakala, dan pada hari itu juga akan mati semua makhluk.Maka perbanyakkanlah membaca selawat kepadaku, kerana selawatmu itu disampaikan kepadaku. Sahabat bertanya ya Rasulullah, bagaimana selawat kami sampai kepadamu padahal engkau telah rosak dan habis.Nabi SAW bersabda :”Dapat kamu katakana aku akan rosak, sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas bumi untuk memakan jasad para Nabi – nabi.

2) Masa yang mustajab untuk berdoa.

Dari Abdullah bin Yazid dan Abu Lubabbah bin abdil Munzir, Rasulullah SAW bersabda : “Hari Jumaat besar di sisi Allah, bahkan lebih besar dari Hari Aidilfitri dan AidilAdha dan di dalamnya ada 5 kelebihan:
Pada hari itu Allah menjadikan Adam as.
Pada hari itu Allah menurunkan Adam as ke bumi.
Pada hari itu meninggalnya Nabi Adam as.
Pada hari itu ada saat mustajab, tiada seorang pun yang berdoa saat itu melainkan
Allah pasti memberinya, selama tidak meminta yang haram
Pada hari itu akan berlakunya Kiamat dan tiada seorang Malaikat Muqarrah di langit
atau di bumi melainkan merasa khuatir(sayang) dari hari Jumaat.”

3) Hari Penambahan kurnia.

Dalam sebuah hadis diterangkan bahawa hari Jumaat merupakan hari tambahan kurnia dari Allah SWT untuk para hambanya.

4) Hari penuh keampunan dan barakah.

Dalam buku “Duratun Nashihin” oleh Usman Asy Syakir Al – Khaubawiyyi diceritakan bahawa Allah SWT telah menciptakan sebuah menara dari perak putih di samping Baitul makmur. Panjang menara perak itu sejauh perjalanan lima ratus tahun. Pada hari Jumaat jibril akan naik ke ata menara tersebut lalu menyerukan azan.

5) Hari untuk umat Muhammad SAW.

Hari Jumaat menurut keterangan Rasulullah SAW penghulu sekelian hari yang mengandungi ketinggian. Dari Abu Lababah bin Abdul Munzir ia berkata. Telah bersabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya hari Jumaat itu ialah kepala sekalian hari, dan hari yang terbesar di sisi Allah lebih besar dari Aidil Adha dan Aidil Fitri.” HR Ibnu Majah dan Baihaqi)

6) Terpelihara dari fitnah kubur.

Orang –orang yang matinya pada hari atau pada malam Jumaat, dipelihara Allah ia dari fitnah kubur.

7) Baik untuk melangsungkan pernikahan.

Telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. Ia berkata, Rasulullah SAW ditanya orang tentang hari Jumaat. Maka baginda menjawab : Hari Jumaat adalah hari silaturrahim dan pernikahan. Sebahagian ulama mengatakan telah terjadi tujuh pernikahan antara anbiya’ dan antara para aulia’ pada hari Jumaat iaitu :
Pernikahan antara Nabi Adam dengan Siti Hawa.
Pernikahan antara Nabi Yusuf dengan Siti Zulaikha.
Pernikahan antara Nabi Musa as dengan Shafrawa.
Pernikahan antara Nabi Muhammmad SAW dengan Siti Khadijah.
Pernikahan antara Sayyidina Ali bin Abi Talib dengan Fatimah.

Disediakan Oleh
NOOR SUHAILAH BT SHUHAIMI

Disediakan untuk:
Abd Aziz bin Harjin

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my

http://abdazizharjin.blogspot.com


No comments: