Sunday, September 7, 2014

Mengingati mati -

PENDAHULUAN
Husnul Khatimah adalah cita-cita akhir bagi seorang mukmin, dengan mengharap agar segala yang dikerjakan bernilai ‘amal soleh’ dan diterima di sisi-Nya sebagai hamba yang soleh.
Namun tidak semudah yang kita bayangkan, perjalanan untuk mencapainya penuh cabaran yang terpaksa kita tempuhi. Kita harus melalui sakaratul maut terlebih dahulu.
Kematian terletak di tangan Allah, jika suah tiba masanya, kita sebagai hamba yang kerdil tidak dapat menundanya walaupun sesaat. Allah SWT berfirman dalam surah al-A’raf ayat 34 yang bermaksud:
“Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah dating ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat pula mempercepatkanya.”
Daripada manusia yang paling intelek sampai yang paling bodoh menyedaribahawa ia akan hadir di hadapan-Nya. Itulah sebabnya dalam salah satu firman-Nya, kematian ini di ibaratkan sesuatu yang harus diyakini. Firman Allah dalam surah A-Hijr, ayat 99 yang bermaksud:
“Dan sembahlah TuhamMu sampai datang kepadamu yang diyakini”
Kedatangan ajal tidak mengenal waktu, tempat dan keadaan manusia. Jika ajal telah datang menjemput kita, kita terpaksa menerima. Maka ketika hidup penuh dengan ujian dan cubaan ini menuntut kita agar lebih berhati-hati, di dunia sebagai ladang yang akan kita petik hasilnya di akhirat kelak.
KEWAJIPAN MENGINGATI MATI
Setiap muslim yang sentiasa mendalami wahyu Allah Taala pasti mempunyai keyakinan bahawa setiap insan pasti menghadapi saat kematiannya, mereka tidak ragu bahawa setiap insan akan dihidup dan dibangkitkan semula, mereka akan menghadapi suatu rangkaian hidup yang abadi. Bermula dengan datangnya ajal dan diikuti babak peristiwa alam barzakh, iaitu suatu kehidupan di alam kubur yang penuh dengan berbagai pancaroba, hingga menemui hari kebangkitan di Mahsyar dan alam akhirat, bagi menentukan kesudahan hidup seseorang sama ada akan menjadi ahli syurga atau neraka.
Peristiwa di alam barzakh bagi orang-orang yang beriman dan berbekalkan amal yang soleh dan ketaqwaan yang unggul, akan merasai suatu kerehatan yang damai, sementara menunggu datangnya hari kebangkitan. Tetapi bagi manusia yang ingkar yang sarat dengan beban dosa, maka alam barzakh itu merupakan episod ngeri yang dipenuhi azab sengsara, menjelang suatu kesengsaraan dan azab yang lebih besar akan dirasai ketika di mahsyar kelak.
Oleh kerana iktiqad orang yang beriman meyakini adanya kehidupan selepas mati itu, maka tidak dapat tidak manusia mesti mengetahui hal-hal yang berkait dengannya. Rasulullah telah memberitahu melalui mutiara sabdanya mengenai alam barzakh dan alam akhirat, yang semua itu mesti difahami dan diambil pengertian secara bersungguh-sungguh. Apabila tiba saatnya melalui alam tersebut, maka tidaklah terlalu terkejut dan terpinga-pinga seperti seorang yang terjebak dalam mimpi ngeri.
Terutama di akhir zaman ini semakin kurang atau amat sedikit dari kalangan manusia yang bercakap tentang kematian, alam barzakh dan seterusnya hari mahsyar. Kerana manusia sedang membangun dunianya, kebanyakan mereka dilalaikan oleh kesenangan, keindahan dan kelazatan dunia yang sementara. Sesungguhnya mereka yang memburu kesenangan duniawi ini bagaikan memburu bayang yang bergerak, sehingga kehabisan umur dan kematian pun tiba. Akhirnya mereka terkejut besar apabila Malaikat maut datang dengan mengejut untuk mencabut nyawanya, kerana tiada sebarang persiapan atau bekalan untuk menghadapi suatu perjalanan yang jauh.
Saiyidian Ali r.a. pernah berkata: "Bahawa manusia itu tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga dari tidurnya." Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam lalai atau bagaikan orang yang tertidur lena, dia akan terkejut ketika kematian tiba secara mendadak.
Berbeza dengan orang yang hatinya sentiasa mengingati mati atau tazkiratul maut, maka kematian itu bagi mereka ibarat sebuah jambatan untuk menuju kepada suatu pertemuan dengan Allah SWT yang sering disebut dan mengingatinya. Sebagaimana kisah Nabi Ibrahim Khalilullah yang didatangi oleh malaikat maut.
"Apakah ana hendak mengambil nyawaku?" tanya Nabi Ibrahim kepada Izrael.
"Benar", jawab malaikat maut.
"Tidakkah anda tahu bahawa aku adalah Khalilullah (kekasih Allah), yang selalu didampingi dan mendampingi-Nya? Adakah menasabah seorang kekasih hendak mengambil nyawa kekasihnya?"
Dengan kata-kata Nabi Ibrahim a.s. itu maka malaikat maut kembali semula mengadap Allah SWT, lalu Allah perintah Izrael supaya menemui Nabi Ibrahim dengan membawa pesanan dari Allah. Malaikat maut pun berkata kepada Nabi Ibrahim: "Justeru dengan kematian itu, bererti Allah Yang Maha Pengasih telah menjemput kekasih-Nya agar datang menemui-Nya." Dengan penjelasan malaikat maut itu maka Nabi Ibrahim a.s. amat gembira menghadapi kematian itu.
Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Hendaklah kamu membanyakkan ingat akan perkara yang boleh meleburkan kelazatan hidup," bertanya Abu Hurairah: "Apakah yang boleh meleburkan kelazatan hidup itu?" Jawab Rasulullah: "Zikrul maut" iaitu mengingati akan mati.
Kelazatan dunia merupakan penyumbang terbesar terhadap sifat lalai manusia, lalai dalam solat juga berpunca dari kelazatan dunia, dan manusia yang sedang diuliti oleh kesenangan dan kelazatan dunia pasti tidak ingin didatangi maut, kerana baginya maut adalah noktah kepada kesenangan yang sedang dikecapi di dunia ini.
Kematian menyebabkan dia rugi besar, segala kekayaan dan pangkat kebesaran akan berakhir secara mendadak, isteri atau suami disayangi terpaksa ditinggalkan, kemewahan yang melazatkan hidup akan berpindah milik kepada para waris, orng akan bersenang lenang mendapat harta pusaka tetapi dia kesepian di dalam kubur. Lantaran itu dia tidak ingin mati malah sesetengahnya ada yang benci akan kematian.
Sesungguhnya mencintai kelazatan dunia itu boleh menyebabkan manusia tidak ingat akan kematian, padahal kematian itu pasti datang sama ada dia ingat atau lupa kepadanya, sama ada dia benci atau suka kepada mati. Justeru kematian adalah suatu permulaan kepada kehidupan yang sebenar, iaitu hidup yang tidak akan disudahi dengan kematian.
Oleh kerana kehidupan selepas mati ibarat suatu perjalanan yang jauh yang memakan masa lama. Menyedari hakikat itu pasti insan memerlukan suatu persiapan yang mencukupi dan sempurna, orang yang lalai tidak pernah memikirkan persiapan menghadapi mati. Bayangkan jika secara tiba-tiba seseorang itu terlantar di padang pasir yang tandus, bila dahaga telah mencekik kerongkongnya lantas diapun terbayang mustahaknya air, tetapi baru dia sedar bahawa sedikitpun dia tidak mempunyai bekalan air itu.
Orang sering bercakap tentang rakan atau sahabat mereka yang telah kembali menyahut seruan Ilahi, si pulan telah mati dan si anu telah mati, tetapi sayangnya jarang sekali dia memikirkan bilakah kematian itu akan sampai kepada giliran dirinya. Sebelum mati itu datang, apakah persiapan yang telah dibuat?
MENGINGATI MATI PERKUKUHKAN IMAN
KEMATIAN akan datang tidak mengira siapa atau di mana kita berada. Allah berfirman dalam surah An-Nisa ayat 78 yang bermaksud: "Di mana jua kamu berada, maut akan mendatangi kamu walaupun kamu berada di dalam kota-kota yang tinggi dan kukuh". Dan dalam firman-Nya yang lain dalam surah Al-A'raf ayat 34 bermaksud: "Apabila datang ajal mereka, ia tidak akan terawal walau sesaat dan tidak akan terlewat".
Apabila ajal telah datang maka ketika itu barulah seseorang itu akan merasakan bahawa dia tidak lain hanyalah seorang hamba yang terpaksa akur kepada sunnah alam dan terpaksa bersiap sedia untuk menemui Tuhannya. Di kala itu, barulah manusia merasakan segunung penyesalan dan sedar untung nasibnya yang sebenar.
Oleh sebab itulah, telah menjadi amalan kepada salafussoleh dan ulama terdahulu menjadikan tazkiratul maut atau mengingati mati ini sebagai suatu zikir harian. Rasulullah saw sendiri pernah mengingatkan sahabatnya agar banyak mengingati mati melalui sabdanya yang bermaksud: "Perbanyakkanlah mengingati perkara yang memusnahkan kelazatan dunia (mati)".
Sahabat dan ulama adalah contoh dan teladan terbaik sebagai peribadi muslim. Mereka hidup dalam kehidupan yang murni dan sejahtera. Mereka maju dalam bidang keduniaan tetapi dalam masa yang sama mereka tidak lupa untuk mengingati bahawa mati pasti datang. Ibnu Muthi pada suatu hari memandang ke rumahnya yang tersergam indah dan berasa kagum tetapi kemudian ia menangis. Beliau berkata: "Andai kata kematian itu tidak wujud pasti aku akan lebih mencintaimu dan gembira memilikimu. Andai kata kita tidak akan dimasukkan ke dalam lubang kubur yang sempit itu sudah tentu mata kita akan terpesona melihat harta dunia ini". Lalu beliau terus menangis.
Mengingati mati menyedarkan kita bahawa hidup ini amat singkat dan kita akan dihadapkan ke hadapan Allah dengan hanya berbekalkan amalan dan amal ibadat kita. Mati adalah jambatan yang menghubungkan kehidupan kita di dunia dengan kehidupan di akhirat. Saat kematian itulah yang menjadi penentu kita di akhirat kelak. Sekiranya amalan kita ketika di dunia ini baik maka kita akan menerima ganjaran yang baik di akhirat kelak. Dan demikianlah jika sebaliknya.
Dengan kesedaran ini, manusia pasti akan berlumba-lumba membuat kebaikan dan amal soleh di muka bumi ini. Mengingati mati iaitu dengan membayangkan nikmat dan ganjaran yang bakal diterima di akhirat kelak akan menyebabkan seseorang itu tidak mahu terlepas peluang melainkan dengan membanyakkan amal ibadat. Bukan setakat itu saja bahkan mengingati mati akan mendorong mereka menjauhi segala macam kemaksiatan dan kemungkaran. Hasilnya kehidupan manusia akan sentiasa di dalam kesejahteraan dan keharmonian.
Oleh kerana itu, adalah selayaknya umat Islam menjadi umat yang hidup dalam aman dan harmoni disebabkan sikap berlumba-lumba melakukan kebajikan dan bebas daripada gejala kemaksiatan dan kemungkaran.
Antara faktor kekuatan yang membuahkan hasil sedemikian adalah adanya sifat mengingati mati di dalam diri setiap individu Islam di dalamnya. Sering memikirkan mengenai untung nasib selepas mati akan menyebabkan seseorang itu amat takut untuk melakukan kemungkaran seperti menerima rasuah, pecah amanah, menabur fitnah, mencuri, berzina dan sebagainya. Mengingatkan akan saat-saat kematian dan seterusnya azab seksa yang bakal diterima nanti, bukan saja dapat menjauhkan seseorang itu daripada melakukan maksiat bahkan ianya tidak akan terlintas langsung di kotak pemikiran mereka.
Oleh kerana itulah, tazkiratul maut atau mengingati mati ini menjadi salah satu cara dalam pendidikan Islam dan manhaj pembentukan peribadi. Tidak dinafikan juga bahawa mengingati mati atau inginkan syahid menjadi rahsia kekuatan umat Islam dalam meluaskan empayar Islam sehingga menguasai lebih sepertiga daripada muka bumi ini.
Oleh yang demikian, mengingati mati bukanlah alasan membawa kepada kemunduran dan ketinggalan di dalam segenap bidang di dunia ini bahkan ianya menjadi pendorong dan titik tolak kepada kemajuan dan kecemerlangan umat Islam di muka bumi. Sekiranya manusia tidak pernah memikirkan bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara dan kehidupan di akhirat adalah kekal abadi nescaya mereka akan terus memburu dunia dengan apa cara sekalipun tanpa mempedulikan sebarang batasan dan undang-undang. Akhirnya kehidupan manusia itu sendiri akan hancur dan porak peranda.
Bagi mengetakkan perkara ini daripada berlaku maka Islam telah datang dengan mengajar umatnya supaya mengingati mati atau tazkiratul maut ini sebagai sumber kekuatan dalam setiap tindakan demi menjamin keharmonian hidup masyarakat yang bebas daripada kemungkaran dan perbuatan yang merosakkan.
KELEBIHAN MENGINGATI MATI
1) Akan segera bertaubat kepada Allah
2) Memadai hatinya dengan apa yang ada padanya
3) Akan rajin mengerjakan ibadah.
Begitulah sebaliknya. Manusia akan dihinakan dengan 3 perkara jika ia lupa dari mengingati mati.
1) Dia lupa kepada taubat kepada Allah
2) Sentiasa tidak redha dengan apa yang ada padanya
3) Malas untuk mengerjakan ibadah kepada Allah.
MAKRUH MENGHARAPKAN MATI
Sebahagian ulama dan pendukung As-Syafie menghukumkan makruh sekiranya mengharapkan kematian kerana bahaya yang menimpanya. Namun, harus mengharapkan mati kerana risau terhadap agama, kerosakan zaman telah merebak dan seumpamanya.
Maksud sabda baginda saw :
“Jangan kamu meminta mati kerana bahaya yang menimpanya. Kalaupun terpaksa, maka katakanlah : Ya Allah Ya Tuhanku! Hidupkanlah aku sekiranya kehidupan lebih baik bagiku.Dan matikanlah aku sekiranya kematian lebih baik bagiku”
TANDA-TANDA SEBELUM MATI
Tanda 100 hari sebelum mati
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendainya. walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan alaman dan usuran yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. adapun malaikat maut ini wajahnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah yang akan dicabutnya.
Tanda 7 Hari Sebelum Mati
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 Hari Sebelum Mati
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri, Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang hendak memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 Hari Sebelum Mati
Akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
KESIMPULAN / PENUTUP
"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Dan sesungguhnya pahala kamu akan disempurnakan pada hari kiamat. Sesiapa yang dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia sesungguhnya telah beruntung. Kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan" ( Ali Imran : 185 )
Sesungguhnya kematian tidak dapat dipisahkan dari manusia. Kematian tidak mengenal sesiapa. Apabila sampai ajal yang ditetapkan oleh Allah, maka tiada yang boleh menolaknya.
Para ulama mengibaratkan nyawa ini seperti daun pokok yang rendang. Daun-daun ini akan gugur apabila tiba masanya; tidak kira hijau atau kuning, tua atau muda. Adakah kita telah bersedia untuk menemui masa-masa tersebut ?
Menjadi kewajiban manusia mengambil peringatan ini supaya dapat bersedia menghadapi masa tersebut. Ingatlah apabila tiba saat dicabutkan roh dari badan, pintu taubat telah tertutup. Jika kita di kalangan orang yang taat kepada Allah, maka kita adalah orang yang beruntung. Begitulah sebaliknya.
SUMBER RUJUKAN
Buku Husnul Khatimah, Bimbingan Menghadapi Kematian
Pengarang : Zainuddin MZ.
Penerbit : Pustaka Syuhada
http://www.youthmuslimonline.com
http://www.syarikatjaffarrawas.com.my

Wednesday, September 17, 2008

Amalan Di hari Jumaat -

PENDAHULUAN


Nabi Musa serta pengikutnya memiliki hari yang paling utama iaitu hari Sabtu. Nabi Isa pula hari Ahad, Nabi Ibrahim hari Isnin, Nabi Zakaria hari Selasa, Nabi Yahya hari Rabu dan Nabi Adam hari Khamis. Allah SWT menjadikan hari Jumaat merupakan hari yang paling istimewa untuk Nabi Muhammad SAW dan umatnya, kerana pada hari ini tersimpan keutamaan, fadhilat dan hikmah. Pada hari Jumaat Allah meletakkan kelebihan yang tidak terhingga. Pada hari ini terciptanya Nabi Adam, Turunnya ke bumi serta hari dimana baginda wafat. Pada hari Jumaat juga akan terjadinya kiamat. Hari Jumaat sangat besar di sisi Allah, bahkan lebih besar dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha kerana di antara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab, tidak ada tabir penghalang doa insan terhadap ilahi.

AMALAN-AMALAN MALAM JUMAAT.

1) Membaca Surah Al-Kahfi.

Sesiapa yg membaca Surah Al-Kahfi pada malam Jumaat,Allah akan mengampunkan dosanya dari Jumaat ke Jumaat(ianya diberi cahaya kesucian oleh Allah antara Jumaat ke Jumaat). Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dari Abu Said Al-Khudri ra.dari Nabi SAW bahawa Baginda bersabda : Siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat,maka disinari Allah baginyadengan antara dua Jumaat.”

2) Membaca Surah Yaasin.

Dari Abu Hurairah ra.Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:“Sesiapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan.”

Mengenai keutamaan surah Yaasin,Nabi Muhammad SAW telah menyebutkan dalam hadisnya: “Dari Anas ra. Ia berkata : Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati al-Quran adalah Yaasin. Sesiapa yang membaca Yaasin, maka Allah menulis baginya dengan membacanya itu seperti membaca al-Quran sepuluh kali.”

3) Memperbanyakkan zikir, doa dan selawat.

Firman Allah SWT yang bermaksud :“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang beriman ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna kepadanya (Nabi).”

Dari Abdullah bin Mas’ud ra. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku, Allah berselawat(member rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu.”

4) Solat malam Jumaat.

Mendirikan Solat malam Jumaat adalah antara Maghrib dan Isyak dengan 12 rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam.

Lafaz niat “Sahaja aku solat dua rakaat sunat kerana Allah Taala.”
Rakaat pertama selepas doa iftitah, baca al-Fatihah dan kemudian baca surah al-ikhlas sebanyak 11 kali.
Rakaat kedua selepas al-Fatihah jug abaca surah al-Ikhlas 11 kali.
Dirikanlah solat tersebut hingga cukup 12 rakaat.
5) Berjimak.

Malam Jumaat merupakan salah satu malam yang disunatkan melakukan jimak. Berjimak dengan isteri diberi pahala oleh Allah SWT sekiranya dilakukan dengan adab yang diajar oleh Islam. Ini adalah di antara kurnia Allah kepada hambanNya yang senantiasa mengamalkan yangdiperintah dan meniggalkan yang dilarang.

6) Qiyamullail(Solat Malam)

a) Erti Qiyamullai – Bangun pada malam hari untuk mengerjakan ibadah kepada Allah SWT.

b) Diterangkan dalam sebuah hadis yang berasal dari Aisyah ra. Ia berkata, bahawa Rasulullah SAW melakukan solat antara solat isyak dan solat fajar sebanyak 11 rakaat, yang setiap rakaat diakhiri dengan salam, kemudian solat witir pada satu rakaat terakhir.

Antara solat-solat sunat yang dilakukan ialah solat sunat tahajjud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat dan solat sunat witir.

AMALAN - AMALAN SUBUH DI HARI JUMAAT.

Doa sebelum solat subuh. Sebelum solat subuh membaca doa (3 kali) ini yang bermaksud:“Aku memohon keampunan Allah, tiada Tuhan selain Dia yang Hidup lagi yang Berdiri dengan Sendirinya, aku bertaubat kepadaNya.”
Membaca surah As-Sajadah.
Membaca surah Al-insan. Kedua-dua ayat ini dibaca dalam solat subuh.
Memperbanyak zikir kepada Allah SWT. Setelah mengerjakan solat jumaat, perlulah memperbanyakkan mengingati Allah dengan berzikir dan memuji kebesaran Allah SWT.

Selawat terhadap Rasulullah SAW.
Selawat menghapuskan dosa 80 tahun.
Selawat mengangkat darjat dan kebaikan.
Selawat mohon hajat dunia dan akhirat.
Selawat mohon Husnul Khatimah.
Selawat murah rezeki dan menghindari bahaya.
Selawat agar mendapat ampunan Allah.

6) Memperbanyak doa.

Hari Jumaat adalah hari dan masa yang paling mustajab kerana Allah akan memakbulkan doa –doa hambaNya.

Antara doa-doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW agar kita mengamalkannya ialah:
Doa kebaikan dunia dan akhirat.
Doa mendapat kenikmatan (syurga) Ilahi.
Doa menjauhi gangguan syaitan.
Doa agar diampunkan dosa.
Doa agar terhindar perkara buruk.
Mohon rahmat dan ampunan Allah.
Doa terhindar daripada segala bencana.
Doa meluruskan hati.
Mohon ampunan lahir dan batin.
Mohon perlindungan daripada kemarahan Allah.

AMALAN – AMALAN PADA SIANG HARI JUMAAT.

BEBERAPA AMALAN SEBELUM SOLAT JUMAAT.

1) Solat Sunat Dhuha.

Iaitu solat ketika matahari sedang naik iaitu antara jam 8.00 pagi hingga 11 pagi. Jumlah rakaat tidak terbatas dari 2 – 12 rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam.


2) Mandi sebelum pergi solat Jumaat.

Dalam sebuah hadis diterangkan dari Ibnu Umar ra. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : “Siapa di antara kamu yang datang ke Jumaat maka hendaklah ia mandi.”

Permulaan waktu mandi ialah mulai dari terbit fajar sadik di hari Jumaat hingga masuk waktu sembahyang Jumaat.Yang lebih utama ialah mandi ketika hendak berangkat ke Jumaat.

Tujuannya ialah untuk menghalang bau yang tidak sedap melekat di badan.

3) Memakai wangi-wangian.

Rasulullah sangat suka dengan wangi-wangian. Baginda tidak pernah menolak hadiah yang diberikan seseorang dalam bentuk minyak wangi ini.
Rasululllah bersifat zuhud,tawaduk serta mengutamakan orang lain, baginda gemar kepada kebersihan badan dan pakaian.
Rasulullah SAW memotong kukunya, menggunting rambutnya pada hari Jumaat sebelum berangkat ke masjid untuk solat.

4) Bersegera ke Jumaat.

Pergi ke Jumaat dengan segera itu besar sekali pahalanya daripada berlengah – lengah. Jika Imam telah naik ke mimbar, maka sekalian malaikat yang menjaga di pintu – pintu masjid yang menuliskan nama – nama orang yang masuk itu, akan melipat buku catatannya.

5) Mengerat kuku dan mencukur misai.

6) Berdoa ketika pergi ke masjid.

7) Berjalan kaki dan langkah yang tidak terburu – buru.

8) Berdoa ketika masuk ke masjid pada hari Jumaat.

9 ) Janganmelangkah tengkuk orang lain.

Jangan melangkahi tengkuk orang – orang yang ada di dalam masjid kerana ingin saf yang di hadapan.

Dari Abdullah bin Basr ra. Berkata: “Pernah datang seorang lelaki dengan melangkahi tengkuk orang lain di hari Jumaat, sedang Nabi SAW berkhutbah, maka baginda berseru kepadanya : Duduklah engkau, maka sesungguhnya engkau telah menyakiti orang.”

Banyak berzikir dan berdoa.

BEBERAPA AMALAN SELEPAS SOLAT JUMAAT.

1 ) Membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 7 kali.

2) Membaca Surah Al – Falaq sebanyak 7 kali.

3) Membaca Surah An- Nas sebanyak 7 kali.

4) Membaca doa mendapat keutamaan.

5) Solat sunat Ba’diah Jumaat (selesai solat Jumaat).

6) Mencari rezeki.

Firman Allah SWT yang bermaksud ; “Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebarlah kamu di muka bumi ; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak – banyak supaya kamu beruntung.” (Al – Jumu’ah : 10)

Abu Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Aus bin Aus ra. Berkata. Rasullullah SAW bersabda : “Sesungguhnya yang utama dari hari – harimu ini ialah hari Jumaat, di dalamnya terjadi Nabi Adam as, dan dihari itu juga ia meninggal, dan pada hari itu juga akan ditiupkan sangkakala, dan pada hari itu juga akan mati semua makhluk.Maka perbanyakkanlah membaca selawat kepadaku, kerana selawatmu itu disampaikan kepadaku. Sahabat bertanya ya Rasulullah, bagaimana selawat kami sampai kepadamu padahal engkau telah rosak dan habis.Nabi SAW bersabda :”Dapat kamu katakana aku akan rosak, sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas bumi untuk memakan jasad para Nabi – nabi.

2) Masa yang mustajab untuk berdoa.

Dari Abdullah bin Yazid dan Abu Lubabbah bin abdil Munzir, Rasulullah SAW bersabda : “Hari Jumaat besar di sisi Allah, bahkan lebih besar dari Hari Aidilfitri dan AidilAdha dan di dalamnya ada 5 kelebihan:
Pada hari itu Allah menjadikan Adam as.
Pada hari itu Allah menurunkan Adam as ke bumi.
Pada hari itu meninggalnya Nabi Adam as.
Pada hari itu ada saat mustajab, tiada seorang pun yang berdoa saat itu melainkan
Allah pasti memberinya, selama tidak meminta yang haram
Pada hari itu akan berlakunya Kiamat dan tiada seorang Malaikat Muqarrah di langit
atau di bumi melainkan merasa khuatir(sayang) dari hari Jumaat.”

3) Hari Penambahan kurnia.

Dalam sebuah hadis diterangkan bahawa hari Jumaat merupakan hari tambahan kurnia dari Allah SWT untuk para hambanya.

4) Hari penuh keampunan dan barakah.

Dalam buku “Duratun Nashihin” oleh Usman Asy Syakir Al – Khaubawiyyi diceritakan bahawa Allah SWT telah menciptakan sebuah menara dari perak putih di samping Baitul makmur. Panjang menara perak itu sejauh perjalanan lima ratus tahun. Pada hari Jumaat jibril akan naik ke ata menara tersebut lalu menyerukan azan.

5) Hari untuk umat Muhammad SAW.

Hari Jumaat menurut keterangan Rasulullah SAW penghulu sekelian hari yang mengandungi ketinggian. Dari Abu Lababah bin Abdul Munzir ia berkata. Telah bersabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya hari Jumaat itu ialah kepala sekalian hari, dan hari yang terbesar di sisi Allah lebih besar dari Aidil Adha dan Aidil Fitri.” HR Ibnu Majah dan Baihaqi)

6) Terpelihara dari fitnah kubur.

Orang –orang yang matinya pada hari atau pada malam Jumaat, dipelihara Allah ia dari fitnah kubur.

7) Baik untuk melangsungkan pernikahan.

Telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. Ia berkata, Rasulullah SAW ditanya orang tentang hari Jumaat. Maka baginda menjawab : Hari Jumaat adalah hari silaturrahim dan pernikahan. Sebahagian ulama mengatakan telah terjadi tujuh pernikahan antara anbiya’ dan antara para aulia’ pada hari Jumaat iaitu :
Pernikahan antara Nabi Adam dengan Siti Hawa.
Pernikahan antara Nabi Yusuf dengan Siti Zulaikha.
Pernikahan antara Nabi Musa as dengan Shafrawa.
Pernikahan antara Nabi Muhammmad SAW dengan Siti Khadijah.
Pernikahan antara Sayyidina Ali bin Abi Talib dengan Fatimah.

Disediakan Oleh
NOOR SUHAILAH BT SHUHAIMI

Disediakan untuk:
Abd Aziz bin Harjin

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my

http://abdazizharjin.blogspot.com


Saturday, September 6, 2008

Pakain dan Islam -

SIKAP ISLAM TERHADAP PAKAIAN

Keperluan Manusia Kepada Pakaian
Tanpa memandang kepada segala bentuk kemahuan dan keindahan yang sedang berlaku dalam kehidupan masyarakat sekarang dan kita tumpukan perhatian terus kepada pakaian dari sudut keperluan semata-mata yang mendorong manusia di peringkat awal mengunakannya, ternyata bahawa tidak lebih dari menutupi beberapa angota tertentu manusia dari terdedah kepada pandangan. Tindakan ini berpunca dari sifat malu semulajadi manusia di samping keinginan memelihara anggota badan yang tertentu daripada kesan negative dari udara dan perubahannya.

Menurut sejarah manusia kuno di zaman lampau menunjukan bahawa apabila tujuan pakaian itu berasaskan kepada tuntutan fitrah semilajadi manusia dan juga keperluannya semata-mata, maka tidak banyak terdapat ragam bentuk pada pakian itu sendiri dan kalaupun ada, ia berpunca pada kebiasaanya dari kelainan kesan udara yang berlaku. Tetapi apabila perasan dan selera manusia itu sedikit demi sedikit mula mendapat perubahan dan ia sendiri telah melangkah ke arah kehidupan secara kota dan bertamadun. Apabila kesan-kesan perubahan baru tadi berbeza di antara satu bangsa dengan bangsa yang lain, sama ada dari sudut kualiti dan kuantiti atau dari keindahannya, sudah tentu akan terdapat berbagai-bagai bentuk dan ukuran bagi pakaian yang dicipta.

Terdapat berbagai sebab yang menjadi punca timbulnya berbagai ragam bentuk pakaian manusia dan musthil untk mengenal dan mengkaji kesemuanya kerana kehidupan manusia dipengaruhi dengan berbagai factor dalaman dan luaran yang mempunyai perananya dalam menjadikan berbagai bentuk pakain yang mendapat sambutan di kalangan bangsa-bangsa, diantaranya adalah:

Suasana Alam Sekitar : Iaitu suasana alam sekeliling yang memaksa penduduk kawasan tertentu di dunia ini memilih satu bentuk pakaian cara hidip yang khusus

Prinsip-prinsip Moral dan Agama: Iaitu berbagai prinsip yang melahirkan satu bentuk khusus pakain wanita di kalangan banga-bangsa yang berlainan daripada bentuk pakain kaum lelaki

Selera semulajadi : Iaitu satu selera yang tumbuh dan membesar di kalangan setiap bangsa melalui berbagai cara, dan menyebabkan timbulnya kelainan pakaian mengikut kelainan bangsa-bangsa tersebut.

Cara hidup : Iaitu cara hidup yang tumbuh membesar dikalangan setiap bangsa dalam bentuk yang khusus yang sesuai dengan suasana persekitaran, tamadun, ekonomi, pemikiran dan kepercayaan bagi bangsa itu.

Taraf Hidup : Iaitu setiap apa yang menjadi sumber hidup setiap bangsa seperti pekerjaan, perusahaan, taraf pendapatan sama ada miskin atau kaya, maka pakain sesuatu bangsa adalah disesuaikan dengan beberapa suasana yang tertentu.

Tamadun : Iaitu tamadun bagi sesuatu bangsa itu berada di peringkat yang tertentu dan berbeza daripada tamadun bangsa yang lain. Apabila bentuk pakain sesuatu bangsa itu terpengaruh dengan taraf tamadun yang dicapainya, maka sudah tentu ia akan berlainan dengan dentuk pakain bagi bangsa yang lain.

Tradisi Kaum : Melalui tradisi ini setiap angkatan baru akan mewarisi daripada angkatan sebelumnya satu cara hidup dan bentuk pakain mereka yang khusus. Kemudian ini pula akan meniggalkan kedua-dua warisan itu kepada angkatan selanjutnya yang berkemungkinan akan membuat sedikit perubahan pada kedua-duanya.

Pengaruh Luar : Beberapa factor yang mempengaruhi pemikiran sesuatu bangsa dan cara hidupnya akibat daripada pertembungannya dengan bagsa-bangsa lain. Adapun sejauhmana dan cara mana sesuatu bangsa itu terpengaruh dengan bangsa-bangsa lain, hal ini adalah bergantung sebahagian besarnya kepada suasana politiknya, pemikirannya dan juga moralnya.

Dua Hakikat Penting Mengenai Pakaian
Pertama: Bahawa pakain bukanlah sekadar suatu alat bagi menutup sebahagian anggota badan dan mengawalnya daripada ancaman udara, malah ia berperanan lebih dari itu, ia mempunyai akar umbi yang mendalam dalam jiwa sesuatu bangsa itu,ketamadunnannya, kemajuan hidupnya, tradisinya dan lain-lain yang termasuk ke dalam semua aspek sosialnya.
Kedua:Bahawa setiap pendorong yang memainkan peranannya di sebalik perkembangan pakain sesuatu bangsa, kecuali suasana geografinya, adalah terdedah kepada perubahan dan pertukaran dari masa ke semasa dengan pantas dan tanpa disedari kerana tidak ada satupun daripada pendorong-pendorong diam atau kaku, malah tiap satunya akan menerima perubahan. Perubahan yang berlaku tidak sahaja memberi kesan kepada corak pakain individu sesuatu bangsa malah ia juga memberi kesan sampingan dengan perubahan yang beransur-ansur dalam kehidupan sosial bagi bangsa itu.

Sesunguhnya tiap bangsa itu memang dahagakan ketingian dan kemajuan hidup. Apabila berkembang ilmu pengetahuan di kalangan mereka, tingi daya pemikiran mereka, terbuka luas pandangan mereka, bertmbah maju perusahan dan perniagan mereka, bertambah banyak kekayaan mereka dan kemudahan hidup di bidang ekonomi mereka di samping terdapat peluang-peluang untuk mengadakan perhubungan dengan bangsa-bangsa lain dan mendapat pengalaman-pengalaman baru daripada bangsa-bangsa itu sama ada dari sudut moral, tamadu, kemajuan hidup dan seumpamanya, maka ketika itu berlakulah satu peralihan dalam secara perlahan-lahan dalam kehidupan sosial bangsa itu yang serentak akan diikuti pula oleh perubahan emosi dan seleranya, akan meresap rasa cintakan keindahan dan disiplin ke dalam hidupnya.

Pada keseluruhannya, citarasa suatu bangsa dan juga tabiat sosialnya sering menerapkan pengubahsuaian yang baik terhadap bentuk pakainnya menurut sejauh mana persediaannya menerima sesuatu yang baru dan membuang corak yang lama, dan juga sejauhmana keinginannya untuk turut bersama dalam arus perkembangan tamadun.

Kesan-kesan Peralihan Ke Arah Perindustrian Pakain
Apa yang telah dibangkitkan oleh penilis seblum ini adalah proses semula jadi yang normal dalam pertumbuhan pakain kebangsaan sesuatu bangsa dan juga perkembangan serta kemajuan yang di capainya. Tetapi dari pada aspek perindustrian keadaanya adalah berbeza kerana suasana perindustrian memaksa sesuatu bangsa itu menukarganti pakaiannya dengan cara mendapatkannya daripada bangsa yang lain.

Sebenarnya fator-faktor tiruan tidak berjaya menghasilkan satu perubahan yang kekal buat selama-lamanya, tetapi ia boleh menyebabkan pertumbuhan semulajadi terganggu dan kadang-kadang pula ia menjadi halangan dalam pertumbuhan tersebut.

Di antara beberapa alasan yang mengharuskan perubahan bentuk pakain diadakan melalui tndakan undang-undang ialah dengan berlakunya perubahan pakain bagi sesuatu bangsa itu adalah diharapkan bertukar cara berfikiran mundur menjadi cergas dan bernafas yang dapat menggantikan keadaan lama yang lembab dan kaku: dengan hanya melucutkan pakain bentuk lama yang tidak menarik dan akan lenyap dalam sekelip mata.

Keperluan Pakain Sebagai Satu Lambang Sosial
Bentuk atau fesyen pakaian bukanlah merupakan suatu gejala masyrakat yang berasingan, malah ia adalah hasil dari integrasi berbagai faktor alam semulajadi dan sosial. Hakikat ini jika di akui kebenarannya maka terpaksa pula mengakui bahawa bentuk pakain yang mendapat sambutan ramai di kalangan di kalangan sesuatu bangsa adalah natijah daripada adunan faktor-faktor tadi, iaitu satu bentuk asli yang serasi dengan sifat semulajadi bagi bangsa itu, dan sekiranya ia, secara mengejut, menukar bentuknya yang asli dengan bentuknya yang baru yang bukan hasil dari adunan faktor-faktor tadi, maka tidak syak lagi dengan tindakan itu ia telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang telah dikurniakan Allah kepad manusia di permukan bumi.

Pakain bagi sesuatu bangsa itu mempunyai hubungan yang rapat dengan cara hidup bangsa itu dan di antara cara hidupnya pula dengan kehidupan sosial hariannya mempunyai hubungan dan pertalian dari berbagai sudut. Hubungan dan pertalian akan tetap kekal dalam keadaanya yang normal kerana kehidupan itu dalam bentuknya yang sebegini akan terus bergerak dan berubah dalam semua unitnya. Tetapi apabila perubahan itu berlaku bukan dalam bentuknya yang normal iaitu berubahnya bentuk pakain dan cara hidup sesuatu bangsa itu atau bentuk pakain dan cara hidup sesuatu sesuatu bangsa itu atau bentuk pakaiannya sahaja melalui saluran-saluran yang tidak asli dan natural maka akan berlaku dalam kehidupan bangsa itu suasana yang tidak tenang dan pincang kerana unit-unit kehidupan yang lainnya tidak turut bersama dalam perubahan itu di samping tiada satu bentuk hubungan atau integrasi di antara unit-unit itu dengan perubahan yang berlaku.

Keindahan, kesederhanaan dan kesesuaian pakaian bagi suasana yang maju adalah bergantung, menurut kaadaan sebenarya, kepada kemajuan sesuatu bangsa yang cergas, maju, bermoral tnggi, dan mempunyai daya pemikiran yang kreatif. Sejauh mana kemajuan yang dicapainya dalam bidang-bidang di atas sebanyak itu pula berlakunya pangubahsuaian terhadap bentuk pakain kebangsaanya kerana sesuatu kehidupan sosial yang inginkan kemajuan akan melakukan sendiri pengubahsuaian dan perubahan terhadap keadaan lamanya dengan yang normal.

Perubahan yang brlaku pada sesuatu bangsa dan juga cara hidupnya tanpa diasaskan kepada faktor-faktor kemajuan sosial dalam skop umumnya di samping terdapat usaha-usaha ke arah menigkatkannya ke peringkat yang melebihi tahapnya yang sebenar dengan melalui satu tindakan yang sengaja diada- adakan.Kepincangan dan pergolakan yang berlaku dalam struktur sosial, alam pemikiran dan moral bagi sesuatu bangsa yang mundur yang berusaha memajukannya secara mendadak.

Sesuatu bangsa yang kedudukan ekonominya tidak membolehkannya untuk menanggung perbelanjaan mengadakan satu bentuk pakain tertentu adalah dianggap zalim apabila memaksanya memilih satu bentuk pakain dan cara hidup memberatkannya yang nilainya melebihi tahap kemampuan ekonominya. Perbuatan sebegini sudah pasti akan merosakkan bangsa itu kerana ia buka sahaja akan memilih pakain dan cara hidup sesuatu bangsa yang telah maju dan kaya tetapi ia juga akan berusaha untuk memilih ideologi-ideologi bangsa itu dan etika kerja mereka.

Pakain, bahasa dan huruf-huruf bagi sesuatu bahasa adalah tunggak di mana tertegaknya identiti sesuatu bangsa, dengan itu apabila runtuhnya tunggak itu, maka sudah tentu identitinya akan beransur-ansur pupus dan meresap ke dalam perkauman bangsa lain, akhirnya ia hanya akan menjadi kenangan buat pandangan matanya.

Pemilihan sesuatu bangsa terhadap bentuk pakaian bangsa lain sebenarnya adalah satu pernyatan tentang perasaan rendah diri yang terdapat dalam jiwa bangsa itu, dengan lain perkataan ia telah menganggap dirinya sebagai satu bangsa yang hina, tidak ada padanya sesuatu yang dapat dibanga dan dimuliakan, datuk nenek mereka tidak berdaya meningalkan sesuatu yang dapat dipelihara.

Daripada apa yang disaksikan oleh sejarah terhadap peristiwa-peristiwa zaman kita ini menunjukan bahawa sesuatu bangsa itu tidak akan menrima bentuk kerendahan,kehinaan dan malu kecuali apabila mereka berada dalam salah satu di antara gambaran berikut; sama ada mereka pernah mengalami kehancuran demi kehancuran dalam semua bidang kehidupan berbanding dengan bangsa-bangsa yang lain.

Dari Sudut Pandangan Syara’k
Islam adalah agama fitrah oleh sebab itu dalam sebarang urusan kehidupan manusia ia hanya akan mengikuti satu cara yang sesuai dengan pemikiran umum manusia dan juga sesuai dengan fitrah kejadian manusia.Islam tidak pernah manentukan satu bentuk pakain yang khusus bagi manusia atau satu cara hidup yang khusus bagi mereka. Disampin itu Islam telah meletekan sjumlah prinsip dan juga kaedah-kaedah asas dari sudut moral dan sosial semata-mata, Islam menghendaki setiap bangsa itu agar tidak bertindak mengubahsuai pakain dan cara hidupnya sehari-hari kecuali berdasarkan kepada perinsip-perinsip tadi.

Diantara kaedah-kaedah asasnya adalah sepertu berikut; yang partama Islam telah menetapkan batas-batas penutupan aurat bagi kaun lelaki dan perempuan. Islam telah mewajibkan kaum lelaki menutup anggotanya di antara pusat dan lutut, manakala kaum perempuan diwajibkan pula menutup ke semua tubuh badan mereka kecuali muka, dan kedua tangan dan bahagian bawah dua kakinya.Sekiranya pakain sesuatu bangsa itu tidak memenuhi syarat-syarat ini, maka Islam menuntut mereka agar mengadakan ubahsuaian terhadap pakain mereka agar mengadakan ubahsuaian terhadap pakain mereka menurut syarat-syarat tersebut dan apabila telah diadakan ubahsuaian yang menepati syarat-syarat itu, maka mereka sudah diangap telah memenuhi tuntutan Islam.

Kedua ialah kaum lelaki dilarang memakai kain sutera ataupun memakai perhiasan emas dan perak dan lagi Islam menegah kaum lelaki dan perempuan memakai pakain yang boleh melahirkan rasa kagum, megah, besar diri, sombong dan menampakkan kemewahan hidup yang keterlaluan.

Ketiga sekiranya terdapat pada pakaian seperti tanda-tanda yang menjadi lambing sebahagian kumpulan agama bukan Islam, seperti tali pinggang,salib dan gambar-gambar maka wajiblah di hapuskannya. Ini kerana Islam ingin umatnya berbeza dengan orang yang bukan Islam.
Penyerupan

Penyerupan dari sudut bahasa ialah suatu usaha (percuban) yang dilakukan oleh seseorang untuk menyerupakan dirinya dengan orang lain, terdapat empat bentuk penyerupan iaitu;

Penyerupan Jenis
Iaitu penyerupaan kaum lelaki dengan kaum perempuan atau penyerupaan kaum perempuan dengan kaum lelaki. Perbuatan buruk nini adalah penyelewengan terhadap fitrah manusia dan satu tanda yang menunjukkan wujudnya satu pemikiran yang sudah rosak. Rasulluah s.a.w. telah melaknat melalui hadis baginda yang jelas akan kaum lelaki yang memakai pakain kaum wanita dan kaum wanita yang memakai pakain kaum lelaki.

Penyerupan Kebangsaan
Adalah suatu bangsa bertindak agar ia menyerupai bangsa-bangsa yang lain. Ini adalah bertentangan dengan fitrah dan akal manusia. Tindakan ini tidak akan berlaku kecuali apabila suatu bangsa itu mempunyai rasa rendah diri dan hilang perasaan malu.

Penyerupaan Individu
Keadaan ini pada hakikatnya adalah satu tanda kelemahan bagi satu watak seseorang individu. Individu-individu yang melakukan perkara ini dalam hidup mereka akan melihat sendiri diri mereka tidak mempunyai pendirian yang teguh. Perbuatan meniru begini di anggap sebagai satu amalan yang hina.

Penyerupaan Orang Bukan Islam
Iaitu seorang muslim berusaha menyerupakan dirinya dengan seorang kafir. Perbuatan ini juga amat keji dari sudut politik kerana ia mengandungi bahaya yang besar. Seseorang yang menyerupai orang kafir kadang-kadang akan dilayani oleh kaum muslim separti mereka melayani orang-orang bukan Islam.

PAKAIAN WANITA ISLAM MENURUT AL-QURAN DAN SUNNAH
Bagi sesetengah orang ketetapan Syariah ini boleh jadi mempunyi percanggahan dengan pendapat-pendapat peribadi mereka yang sebahagian besarnya dipengaruhi sesuatu pandangan, tangapan dan kecenderungan seseorang itu lebih tinggi atau setaraf dengan hukum-hukum Allah adalah suatu kesombongan dan keangkuhan yang tiada taranya. Hal ini sebenarnya, bermaksud manusia itu telah menjawab petunjuk petunjuk Allah. Sikap seperti ini menepati sikap orang kafir dan munafik, bukannya sifat Mukmin, tsk kirsalah sama ada sempurna atau tak sempurnanya amalan Islam di dalam kehidupannya, Satu cirri penting untuk menjadi seseorang Mukmin mengikut Al-Quran ialah meletakan pandangan, perasaan dan kecenderongan seseorang itu lebih rendah daripada sesuatu ketetapan Allah dan RasulNya.

Syarat Pertama:Had Menutup
Pakain tersebut mestilah menutup seluruh tubuh kecuali anggota yang diizinkan dengan jelasnya. Seorang wanita Islam tidak seharusnya menampakan kecantikkan dan perhiasannya(zinah). Perkatan zinah mempunyai dua maksud iaitu semulajadi atau kecantikan tubuh dan perhiasan yang di pakai seperti cincin, rantai,gelang tangan dan juga pakaian.

Tudung kepala hendaklah dilabuhkan menutupi pangkal leher ini bermaksud tudung tersebut perlu labuh bukan setakat menutupi rambutnya, bahkan menutupi leherdan dada sekali.

Sayarat Kedua:Longgar
Pakain tersebut mestilah cukup longgar sehingga ia tidak menampakkan bentuk tubuh seseorang wanita itu. Salah satu cara yang paling baik untuk melindungi susuk tubuh ialah dengan memakai pakaian luar longgar yang tidak bertentangan di luar pakain tersebut.

Syarat Ketiga:Tebal
Pakaian tersebut hendaklah cukup tebal agar ia tidak akan menempakkan warna kulit si pemakainya ataupun bentuk tubuh pemakai yang sepatutnya dilindungi

Syarat Keempat:Tuada Daya Tarikan
Pakaian itu tidaklah bersifat menarik perhatian dan mengghairahkan kaum lelaki terhadap kecantikan si pemakai tersebut, Al-Quran dengan jelasnya menerangkan tentang tujuan pakaian wanita ialah untu menyembunyikan zinah.

Syarat-syarat Tambahan
Pakain itu tidak harus menyerupai pakain yang pada kebiasaannya dianggap sebagai pakain orang-orang kafir. Peraturan ini diperolehi dari peraturan umum syariah bahawa umat Syariah bahawa umat Islam hendaklah mempunyai sahsiah yang tersendiri dan membezakan pakain atau akhlaknya daripada orang-orang kafir.

Pakaian itu bukanlah dipakai di atas dasar mencari kesombongan, dan kebangaan, kebangaan demikian Cuma boleh diperoleh dengan memakai pakaian yang berwarna warni, untuk memperolehi perhatian orang lain.
Pakaian tersebut hendaklah tidak serupa dengan pakain leleki. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasullah s.a.w. melatnati lelaki yang menyerupai permpuan dan permpuan yang menyerupai lelaki.

SYARAT-SYRAT PAKAIAN LELAKI
Syarat-syarat asas yang dikenakan ke atas pakain wanita juga di sandarkan ke atas pakain lelaki dengan beberapa perubahan. Ini mudah difahami kerana Islam menakrifkan aurat sebagai mana-mana bahagian y ang harus di lindungi sepanjang waktu melainkan dalam kekecualian yang diizinkan oleh Syariah. Penutupan aurat juga adalah syarat kepada sahnya sembahyang.
Telah diijmakan oleh para fuqaha berdasarkan Al-Quran dan Sunnah bahawa aurat wanita adalah seluruh tubuhnya melainkan tangan dan mukanya. Bagi lelaki pula, auratnya di takrifkan sebagai kawasan di antara pusat dengan lutut.

Di dalam lingkungan penakrifan tentang aurat bagi kedua-dua lelaki dan perempuan, keempat-empat syarat seperti yang telah di kemukakan di atas adalah sama pada dasarnya:

Lelaki hendaklah menutup semua auratnya.
Pakaian lelaki hendaklah cukup longgar sehingga tidak menampakkan apa yang ia lindungi
Mestilah cukup tebal sehiga tidak menampakkan warna kulit kawasan mahupan angota yang wajib di tutup
Hendaklah direkabentuk sehingga tidak sampai menarik perhatian para wanita terhadapnya. Peraturan umum mengenai kehormatan yakni tidak untuk menunjuk-nunjuk juga terpakai keatas semua lelaki dan wanita muslim.
Terdapat pula tiga syarat tambahan yang dibincangkan di bawah kanun pakain permpuan yanturut di sandarkan ke atas pakain lelaki: Ia tidak menyerupai pakain perempuan
Ia tidak menyerupai pakain yang jelas dikenali sebagai pakain orang-orang kafir.
Ia bukan pakaian untuk tujuan berbanga, mencari kemasyhuran dan nama
Kaum lelaki juga diharamkan memakai emas dan sutera.

KESIMPULAN
Apa yang menjadi tumpuan penulis buku ini ialah perintah-perintah Allah yang digali dari KalamNya yakni Al-Quran dan di huraikan oleh Rasullah s.a.w. Perentah dan arahan tersebut menjadi tanggungjawab utama bagi setiap individu muslim, lelaki atau wnita pada hari di mana mereka semua dibangkitkan di hadapan Allah untuk dipertangungjawabkan mengenai apa yang telah mereka lakukan sewaktu hidup diatas muka bumi ini.Bagaimanapun, bukanlah suatu kekuatan tekanan atau paksaan yang akan membawa pengabdian diri kepada Allah sebaliknya kecintaan kepadaNya, serta penerimaan terhadap petunjukNya sebagai kebenaran hakiki. Walaupun ia akan bercanggah dengan pendapat peribadi seseorang itu serta diikuti pula dengan suatu usaha untuk mendekatkan lagi jurang di antara amalan kini dengan peringkat yang dikehadaki oleh Allah S.W.T

Disediakn Oleh
MOHD SAIFUL FAIZ BIN HJ RIDZUAN


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Ajaran Sesat -

Saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana berkesempatan untuk menyampaikan kata alu-aluan di dalam kertas kerja yang telah saya ringkaskan dari buku ‘Penjelasan Ciri-Ciri Utama Ajaran Sesat’.

Buku kecil ini menjelaskan beberapa ciri dan faktor penting yang membawa kepada penyelewengan akidah di dalam masyarakat Islam untuk dijadikan panduan kepada kita bersama. Perkara ini menjadi lebih penting lagi kerana pada kebiasaannya ajaran sesat bergerak secara sulit dan disebarkan secara bersembunyi dan kadangkala berselindung di sebalik tarikat yang asing kepada masyarakat Islam dengan memutarbelitkan fakta-fakta yang sebenar.

Oleh yang demikian, ringkasan ini secara tidak langsung dapat mendedahkan penyelewengan yang sering di bawa oleh guru-guru ajaran sesat seterusnya memberi panduan kepada masyarakat untuk mempelajari ajaran Islam yang sebenar.

Sejarah kelahiran ajaran sesat atau penyelewengan akidah Islamiah ini bukanlah suatu perkara baru tapi ianya telah bermula sejak sebelum wafat Nabi Muhammad s.aw di mana telah lahir beberapa orang mendakwa dirinya sebagai Nabi selepas Rasulullah s.a.w. dan menyebarkan ajaran-ajarannya kepada umat Islam pada masa itu seperti Musailamatul Kazab, Talhah al-Asady dari Kabilah Bani Asad dan al-Aswad al-Anusi di Yaman.

Pada masa ini di negara kita sudah banyak terdapat ajaran-ajaran sesat yang muncul dari semasa ke semasa di mana hampir keseluruhannya tidak dapat dihapuskan oleh pihak-pihak tertentu. Jika ditinjau masalah ajaran sesat ini ianya bukan sahaja lahir dalam masyarakat umat Islam sahaja bahkan semua agama dan semua bangsa menghadapi cabaran dengan kelahiran ajaran yang menyeleweng daripada ajaran asal seperti tragedy Guyana di mana pengikut-pengikutnya seramai 912 orang telah sanggup membunuh diri dengan meminum racun di bawah pimpinan Jim Jones.

Di kalangan umat Islam Malaysia ajaran-ajaran sesat yang telah dikesan dan dipercayai paling lama usianya ialah ajaran Taslim yang telah diasaskan oleh Tuan Haji Ahmad Matahari pada akhir abad ke-17 di Kampung Seronok Bayan Lepas Pulau Pinang. Setelah Haji Ahmad Matahari meninggal ajaran ini dipimpin oleh anaknya dan setelah meninggal ia telah dipimpin oleh cucunya dan setelah cucunya juga meninggal maka ia telah dipimpin oleh orang-orang kanannya hingga ajaran ini merebak ke seluruh negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah. Suatu ancaman besar kepada agama dan umat Islam di Malaysia masa kini ialah penyebaran ajaran-ajaran sesat dikalangan umat Islam yang terus berjalan dari masa ke semasa. Ajaran-ajaran ini dapat bertapak apabila saja ianya diperkenalkan. Sehingga kini hampir seluruh pelusuk rantau negara ini diresapi oleh berbagai-bagai bentuk ajaran sesat, yang datang dari berbagai-bagai tempat. Sebilangan daripada ajaran-ajaran tersebut terang-terang boleh mengheret pengikutnya keluar dari akidah dan syariah agama Islam tetapi tidak disedari oleh pengikutnya putus hubungan dengan saudara-saudara Islamnya yang lain di dalam masyarakat. Ada pula ajaran-ajaran di mana pengikutnya sanggup keluar dari agama Islam kerana mempercayai bahawa ajaran itu betul, dan pula yang sanggup menceraikan isteri, meninggalkan rumahtangga dan seterusnya melakukan kekejaman ke atas orang lain dan kadang-kadang melakukan pembunuhan.

Keadaan-keadaan beginilah yang benar-benar mengancam agama dan keselamatan umat Islam di negara ini dan amat sukar diatasi sekiranya tindakan yang betul-betul berkesan tidak diambil dengan segera.

Antara sebab-sebab berlakunya penyelewengan agama ini adalah antaranya terdapat individu yang mempunyai kepentingan diri seperti untuk mendapatkan kedudukan, harta, dan sebagainya. Selain itu terdapat juga golongan yang ingin melemahkan ajaran Islam dengan memesongkan akidah orang Islam.

Dalam rumusan ini saya juga memuatkan sedikit tentang cirri-ciri ajaran sesat antaranya mencemarkan kesucian Al-Ouran dan hadis seperti memansukh, mengubah, mempertikai, atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan hadis. Contohnya kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi.selain itu Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam seperti mendakwa menyatukan semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau mendakwa semua agama adalah sama sebagaimana ajaran Bahai.

Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan sebagaimana ajaran Oadiani.

Yang seterusna ialah Menolak perkara yang qat'ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad sebagaimana ajaran Qadiani dan Bahai.

Cirri yang ke seterusnya ialah Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai, Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan dosa kepada seseorang seperti ajaran Tariqat Al-Mufarridiah, Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para nabi, wali, dan malaikat, Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah S.W.T. seperti menyeru nama orang-orang yang telah meninggal dunia di dalam doa atau jampiansebagaimana yang dilakukan oleh bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu hitam dan Menolak hadis mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan anti hadis.

Dalam kajian saya, terdapat juga kesan buruk dalam pengamalan ajaran sesat ini. Contohnya Kesan terhadap individu. akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang mempercayai atau beramal dengan ajaran sesat boleh merosakkan akidah.Mereka wajib bertaubat dan kembali kepadaajaran Islam.kesan yang kedua ialah masa terbuang. Masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat.kesan yang ketiga pula minda seseorang akan tertutup. Pemikiran mereka sering dikongkong oleh pemimpin yang mendakwa mendapat wahyu. Tindakan dan kelakuan mereka menjadi tidak rasional dan fanatic. Kesan yang keempat ialah kehidupan tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada pengabaian tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri, ibu, atau bapa.

Selain itu, terdapat juga kesan terhadap masyarakat contohnya keruntuhan institusikekeluargaan. Keretakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga yang menganut ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka.

kesan yang kedua ialah perpaduan tergugat. Sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan dan pemimpin mereka menyebabkan mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling.Ini menjejaskan perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat;

manakala kesan yang ketiga ialah berlaku keganasan. Kepatuhan membutatuli kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan pengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan.

Negara juga akan turut terkena biasannya juga. Contohnya negara akan mundur. Penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada sumbangan dan produktiviti individu.kesan yang kedua ialah negara tidak stabil. Penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara. Akibatnya negara terpaksa menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan negara.

Di sini saya juga turut muatkan beberapa contoh ajaran sesat:

Qadiani
1. Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 1908 Masihi.
2. Nama Qadiani ialah sempena tempat lahir pengasasnya di Qadian iaitu sebuah kampung di Daerah Gusdapur, India.
3. Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889 Masihi.
4. Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah pada tahun 1949 Masihi.
5. Ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah:

(a) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna (tuhan mengikut kepercayaan Hindu);
(b) beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah;
(c) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat;
(d) menghapuskan jihad;
(e) mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayat pertama surah Al-Qadr;
(f) mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T;
(g) mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji;
(h) mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India;
(i) menghukum kafir selain penganut Qadiani.

Bahai

1. Bahai diasaskan oleh Husain Ali Al-Mazandani yang meninggal dunia pada tahun 1892 Masihi.
2. Bahai adalah nama sempena pengasasnya yang digelar sebagai Baha'ullah.
3. Ajaran Bahai adalah lanjutan kepada ajaran Al-Babiah yang diasaskan oleh Ali Muhammad Al-Syirazi yang meninggal dunia pada tahun 1850 Masihi.
4. Ajaran Bahai muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi.
5. Ajaran Bahai mula tersebar di Malaysia pada tahun 1953 melalui Yan Kee Leong.
6. Ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai ialah:

(a) beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T.;
(b) beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai;
(c) beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa'(kekal);
(d) beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi;
(e) beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib;
(f) mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut;
(g) menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga, dan neraka;
(h) memansukhkan agama Islam;
(i) menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru;
(j) mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dan dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali; menghapuskan jihad.

Taslim
1. Taslim diasaskan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Muhammad Matahari.
2. Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung Seronok di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
3. Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di Malaysia. Ajaran ini juga mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.

Ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim ialah:
(a) beriktikad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur Muhammad;
(b) beriktikad bahawa alam ini bersifat qadim;
(c) mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu;
(d) mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin;
(e) menolak kewujudan hari kiamat, syurga,dan neraka;
(f) solat secara niat tanpa rukun qauli(perkataan) dan fikli (perbuatan);
(g) menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum

Dalam masalah ini, terdapat beberapa langkah-langkah untuk menangani masalah ajaran sesat,antaranya ialah melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar. Pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar melalui proses pembelajaran secara formal atau tidak formal.langkah yang kedua dengan menyebarkan ajaran Islam. Ajaran Islam hendaklah sentiasa didedahkan kepada masyarakat menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik, ceramah, seminar, forum, dan simposium.seterusnya Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang Penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu oleh semua pihak akan dapat membendung kegiatan ajaran sesat daripada terus menular dalam masyarakat.

Program pemulihan akidah juga ialah salah satu cara untuk menangani masalah tersebut. Orang yang terlibat dengan ajaran sesat amat memerlukan kepada program pemulihan akidah, Di Malaysia terdapat beberapa buah pusat pemulihan akidah seperti Pusat Pemulihan Akidah Jelebu, Negeri Sembilan dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor.

Dalam buku yang telah saya kaji ini telah menjelaskan tentang beberapa ciri-ciri ajaran sesat. Antaranya ialah:

i. Mempercayai orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya
ii. Bersumpah merahsiakan ajaran yang diikutinya
iii. Mengagung-agungkan keturunan Yahudi
iv. Mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi
v. Mengaku memiliki barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w
vi. Mempercayai semua ajaran adalah sama
vii. Mengaku dirinya sebagai wali
viii. Mempercayai Gurunya boleh memberi syafaat
ix. Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana bersuluk
x. Mempercayai orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.

Ada terdapat amalan tarikat yang mempercayai bahawa gurunya yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.

1) Semua manusia dan makhluk yang hidup di atas muka bumi ini akan mati. Manusia yang mati itu tidak akan dihidupkan kembali melainkan di hari Kiamat untuk menerima pembalasan. Dalam hal ini, Allah telah menegaskan melalui firman-Nya:

ii. Bersumpah merahsiakan ajaran yang diikutinya.

Kebanyakkan ajaran sesat mensyaratkan pengikut-pengikutnya menyembunyikan ajaran yang dipelajari dari diketahui oleh orang lain kecuali pengikut-pengikut sahaja”.

1) Perkara tersebut amat berbeza sekali dengan kehendak Islam kerana Islam adalah satu agama yang menghendaki umatnya menyeru untuk menyampaikan perkara kebaikan kepada manusia sejagat secara terus terang dan tidak bersembunyi-sembunyi.

iii. Mengagung-agungkan keturunan Yahudi

Ada guru ajaran sesat yang mengaku dirinya sebagai keturunan Yahudi dan mendakwa menerima wahyu daripada Allah dan menganggap bahawa keturunan Yahudi paling agung di dunia ini.

1) Sikap mengagung-agungkan keturunan Yahudi sebagai kaum atau bangsa yang paling baik, yang perlu diikuti adalah salah satu cirri kesesatan di dalam Islam. Ianya tanda-tanda sesat di dalam pegangan agama Islam kerana al-Quran telah menerangkan sikap orang Yahudi di dalam surah al-Maidah : 82.

2) Allah S.W.T. telah menganggap orang Yahudi sebagai golongan yang sesat merupakan kaum yang mempunyai akhlak yang buruk. Jadi sesiapa yang mengikuti jejak kaum Yahudi adalah digolongkan serupa dengan mereka.

3) Sifat mereka disebutkan di dalam al-Quran sebagai kaum pandai membuat muslihat terhadap apa yang dirasakan oleh menguntungkan mereka. Allah menyatakan kaum Yahudi adalah seloba-loba manusia kepada hidup (yang lanjut masanya) melebihi kaum kafir musyrik. Mereka suka kiranya boleh hidup seribu tahun.

4) Kaum Yahudi adalah kaum yang suka mengamalkan sihir dan menggunakannya dengan sewenang-wenangnya.

5) Orang Yahudi masih berpegang dengan sikap mereka tidak menurut perintah Allah, tidak menerima kerasulan dan ajaran daripada Nabi-nabi selepas Nabi Musa, iaitu Nabi Isa dan Nabi Muhammad s.a.w. Meraka menganggap apa yang mereka pegang itulah sahaja yang benar. Lalu mereka putarbelitkan kebenaran untuk mempertahankan pegangan mereka.

6) Allah menceritakan sikap mereka di dalam al-Quran sebagai kaum yang keras hati, lebih keras daripada batu di dalam hal menerima kebenaran dan keimanan. Selepas itu mereka tutup hati mereka daripada menerima Islam dan mengisytiharkan bahawa mereka adalah anak-anak Allah yang sangat disayangi Allah. Bahkan mereka mendakwa bahawa syurga dan akhirat adalah hak istimewa mereka sahaja. Pada hal mereka adalah sebagai orang yang tidak mempunyai agama selagi mereka tidak beriman dengan Kitab Taurat yang membawa mereka percaya kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

7) Sikap mengagung-agungkan kaum Yahudi ini sebagai tanda-tanda terkeluar daripada ajaran Islam kerana sikap ini adalah bertentangan dengan tuntutan al-Quran. Di dalam al-Quran Allah memperingatkan orang Islam tentang sikap orang Yahudi terhadap agama lain. Mereka sentiasa berusaha supaya orang Islam mengikuti jejak mereka.

iv. Mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi

“Untuk menyakinkan pengikut, ada guru-guru ajaran sesat yang mendakwa menerima wahyu dan mengaku sebagai Nabi”.

1) Agama Islam telah menetapkan bahawa Allah S.W.T. telah mengutuskan seramai 25 orang Nabi dan Rasul kepada umat manusia dan Nabi Muhammad s.a.w. merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir yang diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan syariatnya kepada umat manusia. Segala hukum-hukum dan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. merupakan syariat yang terakhir dan tidak ada lagi wahyu yang diturunkan selepasnya.

2) Kalau ditinjau dalam sejarah Islam orang-orang yang mengaku mendakwa menjadi nabi sesudah Nabi kita Muhammad s.a.w. adalah sangat ramai sehingga ke zaman kita hari ini. Pada permulaan wafatnya Junjungan Besar Muhammad s.a.w. telah muncul tiga orang yang mendakwa dirinya menjadi Nabi, iaitu Muhammad Kazab di Yamamah Al-Aswad Al Unusi di Negeri Yaman, dan Talhah Al Asadi dari Kabilah Bani Asad.

3) Kesudahannya mereka ini telah mati terbunuh di tangan askar-askar pejuang Islam yang dipimpin oleh Jeneral Khalid Ibni Walid, setelah beliau diutus khas oleh Khalifah Islam Syaidina Abu Bakar r.a. untuk menghapuskan golongan yang mendakwa menjadi Nabi palsu itu. Pada tahun 11 Hijrah Talhah Al Asadi telah bertaubat dan kembali kepada Islam di akhir hayatnya.

4) Mengikut iktikad dan fatwa ulama-ulama dari golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah bahawa hukuman bagi orang-orang yang mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi sesudah Nabi Muhammad s.a.w. adalah terkeluar daripada agama Islam. Oleh itu golongan-golongan yang mendakwa menjadi Nabi selepas wafatnya junjungan Nabi Muhammad s.a.w. telah diperangi oleh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.

v. Mengakui Dirinya Memiliki Barang-barang Peninggalan Rasulullah s.a.w.

“Ada setengah guru ajaran sesat yang mendakwa memiliki barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w. bertujuan untuk menyakinkan pengikut bahawa ajarannya itu benar daripada Rasulullah s.a.w.”

1) Dakwaan ini bertujuan untuk menunjukkan kehebatan seseorang itu sahaja dan juga untuk mempengaruhi orang lain dengan menggunakan nama Rasulullah s.a.w. Perlu diingat bahawa barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w. tidak mempunyai apa-apa kelebihan pun malah ianya sama seperti barang-barang lain.

2) Dakwaan ini menjadi lebih meragukan lagi jika seseorang yang mendakwa memiliki barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w. itu tidak mempunyai hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. yang memberi peluang seseorang itu untuk menerima barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w. secara langsung.

3) Taraf keistimewaan sahabat adalah kerana ilmu dengan dan amalannya sahaja. Oleh itu sesiapa sahaja sama ada di zaman Rasulullah atau sekarang ini mempunyai keistimewaannya disebabkan oleh ilmu dan amalannya sahaja bukannya berpandukan kepada jauh dan dekatnya seseorang itu dengan Rasulullah s.a.w.

vi. Mempercayai Semua Ajaran Adalah Sama.

“Untuk meyakinkan pengikut supaya mempelajari sesuatu ajaran salah, guru-guru ajaran salah mengatakan bahawa semua ajaran adalah daripada Allah dan menuju ke syurga.”

1) Setiap manusia normal mempunyai naluri yang baik dan sentiasa inginkan perkara-perkara yang baik di dalam hidupnya. Naluri itu mengerakkan tabiat manusia kepada mencari jalan untuk hidup aman dan damai. Atas keperluan itu menjadikan manusia secara langsung mempunyai fitrah (bakat) hidup beragama. Dengan sebab itu apabila Allah mengarahkan manusia berpegang kepada agama Allah sebagai landasan cara hidup yang selamat dan diredhaiNya diterima oleh manusia sehingga ke hari ini. Walaupun begitu terdapat manusia yang tidak menerima hidayah (petunjuk) daripada Allah, mereka terus mencari malah membentuk doktrin (prinsip) dan method (cara) tersendiri sebagai pegangan hidup untuk memenuhi fitrah semula jadi itu. Masing-masing cuba mempertahankan keyakinan dan pegangan mereka. Di dalam keadaan begitu ada pula golongan yang mempercayai semua agama adalah sama, mereka percaya bahawa semua agama menuju ke syurga. Pendapat ini adalah penyelewengan terhadap ajaran Islam juga merupakan salah satu ciri-ciri utama ajaran sesat.

viv. Meninggalkan Sembahyang Jumaat Kerana Bersuluk

“Ada antara guru-guru ajaran sesat yang mengharuskan pengikut-pengikutnya meninggalkan sembahyang Jumaat ketika bersuluk.”

1) Mengharuskan kewajipan sembahyang Jumaat semasa bersuluk beerti mengharuskan sesuatu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T.Mengikut syarak, hokum sembahyang Jumaat adalah Fardhu Ain bagi setiap yang mukallaf.

Pada masa ini terdapat beberapa jenis ajaran sesat yang dapat dibahagikan kepada tiga bentuk utama iaitu:

i. Bentuk Ajaran

Ajaran ini biasanya lahir melalui ajaran-ajaran yang direka atau dicipta oleh seorang guru atau penganjur ajaran sesat yang

menggunakan berbagai-bagai nama atau pengamalan tertentu.

ii. Bentuk Tarikat

Melalui bentuk tarikat ini biasanya mereka menggunakan nama-nama tarikat yang masyhur di kalangan umat Islam kerana tarikat ini telah pun diamalkan oleh ulama-ulama yang mana mereka ini mengamalkan amalan-amalan tarikat ini dengan berpandukan kepada al-Quran dan sunnah. Dengan ini meraka menggunakan nama-nama tarikat ini seperti Ahmadiah, Naqsyabandiah Sazaliah, Samaniah, Qadariah, Muffaridiah dan berbagai-berbagai lagi. Kadang-kadang nama-nama tarikat ini diciptakan mengikut ajaran tarikat ini.

Walaupun terdapat nama-nama yang bersamaan antara tarikat-tarikat yang direka dengan tarikat asal tetapi ternyata daripada ajaran-ajaran yang diamalkan oleh mereka dan konsep yang terdapat dalam ajaran tarikat itu terdapat unsur-unsur ataupun bahan-bahan yang boleh membawa penyelewengan akidah Islamiah dan boleh membawa pengikut-pengikutnya terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

iii. Melalui kepercayaan dan amalan tradisi yang berhubungan dengan amalan mistik dan kultus.

Bentuk kepercayaan ini telah menjadi satu perkara lumrah dikalangan orang-orang Melayu Islam di negara ini kerana ianya bersifat:

a. Pemujaan kepada tempat-tempat yang dianggap keramat.
b. Pemujaan kepada orang-orang yang dianggap wali dan mempunyai kelebihan.
c. Kepercayaan kepada kuasa-kuasa kesaktian melalui amalan-amalan seni mempertahankan diri dan sebagainya.
d. Kepercayaan terhadap dukun-dukun atau bomoh-bomoh yang mendakwa mendapat ilmu kedukunan daripada mimpi-mimpi atau orang-orang halus (bunian ataupun sampingan) melalui amalan cara menurun dan sebagainya.

Jika dilihat daripada bentuk-bentuk yang disebutkan di atas adalah menunjukkan bahawa orang-orang Islam di negara ini masih mencampuradukkan di antara pola-pola kepercayaan tradisi mereka dengan unsur-unsur agama Islam dan sekiranya pola-pola yang sedemikian tidak dapat dipisahkan dengan kepercayaan umat Islam pada hari ini, maka krisis akidah umat Islam makin meruncingkan.

penutup
Islam adalah satu-satunya agama yang lengkap lagi komprehensif (syumul) kerana ia diasaskan atas tiga komponen utama iaitu akidah, syariat dan akhlak. Ketiga-tiga komponen ini menjadi tonggak utama kepada kekuatan, kesempurnaan dan keindahan Islam.

Rahsia kejituan Islam adalah berdasarkan kepada dua sumber utama iaitu Al-Qur‘an dan As-Sunnah. Maka keselamatan umat Islam di dunia dan di akhirat adalah ditentukan kepada ukuran sejauh mana seseorang itu berpegang teguh kepada kandungan Al-Qur‘an dan As-Sunnah.

Masyarakat Islam telah dilanda oleh pelbagai kecelaruan dalam memahami tentang akidah Islam yang sebenar. Kita merasa amat dukacita dalam suasana keghairahan umat Islam hendak mendekati dan menghayati ajaran Islam ini, ada di kalangan umat Islam yang masih teraba-raba mencari kebenaran tersebut. Natijahnya menyebabkan sebahagian umat Islam terjebak ke dalam fahaman dan ajaran sesat yang ditaja oleh golongan-golongan tertentu yang mempunyai kepentingan hawa nafsu dan kebendaan.

PENSYARAH
ABD AZIZ BIN HARJIN

NAMA
MOHD ROZAIMI BIN SALLEH

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com