Wednesday, September 17, 2008

Amalan Di hari Jumaat -

PENDAHULUAN


Nabi Musa serta pengikutnya memiliki hari yang paling utama iaitu hari Sabtu. Nabi Isa pula hari Ahad, Nabi Ibrahim hari Isnin, Nabi Zakaria hari Selasa, Nabi Yahya hari Rabu dan Nabi Adam hari Khamis. Allah SWT menjadikan hari Jumaat merupakan hari yang paling istimewa untuk Nabi Muhammad SAW dan umatnya, kerana pada hari ini tersimpan keutamaan, fadhilat dan hikmah. Pada hari Jumaat Allah meletakkan kelebihan yang tidak terhingga. Pada hari ini terciptanya Nabi Adam, Turunnya ke bumi serta hari dimana baginda wafat. Pada hari Jumaat juga akan terjadinya kiamat. Hari Jumaat sangat besar di sisi Allah, bahkan lebih besar dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha kerana di antara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab, tidak ada tabir penghalang doa insan terhadap ilahi.

AMALAN-AMALAN MALAM JUMAAT.

1) Membaca Surah Al-Kahfi.

Sesiapa yg membaca Surah Al-Kahfi pada malam Jumaat,Allah akan mengampunkan dosanya dari Jumaat ke Jumaat(ianya diberi cahaya kesucian oleh Allah antara Jumaat ke Jumaat). Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dari Abu Said Al-Khudri ra.dari Nabi SAW bahawa Baginda bersabda : Siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat,maka disinari Allah baginyadengan antara dua Jumaat.”

2) Membaca Surah Yaasin.

Dari Abu Hurairah ra.Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:“Sesiapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan.”

Mengenai keutamaan surah Yaasin,Nabi Muhammad SAW telah menyebutkan dalam hadisnya: “Dari Anas ra. Ia berkata : Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati al-Quran adalah Yaasin. Sesiapa yang membaca Yaasin, maka Allah menulis baginya dengan membacanya itu seperti membaca al-Quran sepuluh kali.”

3) Memperbanyakkan zikir, doa dan selawat.

Firman Allah SWT yang bermaksud :“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang beriman ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna kepadanya (Nabi).”

Dari Abdullah bin Mas’ud ra. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku, Allah berselawat(member rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu.”

4) Solat malam Jumaat.

Mendirikan Solat malam Jumaat adalah antara Maghrib dan Isyak dengan 12 rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam.

Lafaz niat “Sahaja aku solat dua rakaat sunat kerana Allah Taala.”
Rakaat pertama selepas doa iftitah, baca al-Fatihah dan kemudian baca surah al-ikhlas sebanyak 11 kali.
Rakaat kedua selepas al-Fatihah jug abaca surah al-Ikhlas 11 kali.
Dirikanlah solat tersebut hingga cukup 12 rakaat.
5) Berjimak.

Malam Jumaat merupakan salah satu malam yang disunatkan melakukan jimak. Berjimak dengan isteri diberi pahala oleh Allah SWT sekiranya dilakukan dengan adab yang diajar oleh Islam. Ini adalah di antara kurnia Allah kepada hambanNya yang senantiasa mengamalkan yangdiperintah dan meniggalkan yang dilarang.

6) Qiyamullail(Solat Malam)

a) Erti Qiyamullai – Bangun pada malam hari untuk mengerjakan ibadah kepada Allah SWT.

b) Diterangkan dalam sebuah hadis yang berasal dari Aisyah ra. Ia berkata, bahawa Rasulullah SAW melakukan solat antara solat isyak dan solat fajar sebanyak 11 rakaat, yang setiap rakaat diakhiri dengan salam, kemudian solat witir pada satu rakaat terakhir.

Antara solat-solat sunat yang dilakukan ialah solat sunat tahajjud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat dan solat sunat witir.

AMALAN - AMALAN SUBUH DI HARI JUMAAT.

Doa sebelum solat subuh. Sebelum solat subuh membaca doa (3 kali) ini yang bermaksud:“Aku memohon keampunan Allah, tiada Tuhan selain Dia yang Hidup lagi yang Berdiri dengan Sendirinya, aku bertaubat kepadaNya.”
Membaca surah As-Sajadah.
Membaca surah Al-insan. Kedua-dua ayat ini dibaca dalam solat subuh.
Memperbanyak zikir kepada Allah SWT. Setelah mengerjakan solat jumaat, perlulah memperbanyakkan mengingati Allah dengan berzikir dan memuji kebesaran Allah SWT.

Selawat terhadap Rasulullah SAW.
Selawat menghapuskan dosa 80 tahun.
Selawat mengangkat darjat dan kebaikan.
Selawat mohon hajat dunia dan akhirat.
Selawat mohon Husnul Khatimah.
Selawat murah rezeki dan menghindari bahaya.
Selawat agar mendapat ampunan Allah.

6) Memperbanyak doa.

Hari Jumaat adalah hari dan masa yang paling mustajab kerana Allah akan memakbulkan doa –doa hambaNya.

Antara doa-doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW agar kita mengamalkannya ialah:
Doa kebaikan dunia dan akhirat.
Doa mendapat kenikmatan (syurga) Ilahi.
Doa menjauhi gangguan syaitan.
Doa agar diampunkan dosa.
Doa agar terhindar perkara buruk.
Mohon rahmat dan ampunan Allah.
Doa terhindar daripada segala bencana.
Doa meluruskan hati.
Mohon ampunan lahir dan batin.
Mohon perlindungan daripada kemarahan Allah.

AMALAN – AMALAN PADA SIANG HARI JUMAAT.

BEBERAPA AMALAN SEBELUM SOLAT JUMAAT.

1) Solat Sunat Dhuha.

Iaitu solat ketika matahari sedang naik iaitu antara jam 8.00 pagi hingga 11 pagi. Jumlah rakaat tidak terbatas dari 2 – 12 rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam.


2) Mandi sebelum pergi solat Jumaat.

Dalam sebuah hadis diterangkan dari Ibnu Umar ra. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : “Siapa di antara kamu yang datang ke Jumaat maka hendaklah ia mandi.”

Permulaan waktu mandi ialah mulai dari terbit fajar sadik di hari Jumaat hingga masuk waktu sembahyang Jumaat.Yang lebih utama ialah mandi ketika hendak berangkat ke Jumaat.

Tujuannya ialah untuk menghalang bau yang tidak sedap melekat di badan.

3) Memakai wangi-wangian.

Rasulullah sangat suka dengan wangi-wangian. Baginda tidak pernah menolak hadiah yang diberikan seseorang dalam bentuk minyak wangi ini.
Rasululllah bersifat zuhud,tawaduk serta mengutamakan orang lain, baginda gemar kepada kebersihan badan dan pakaian.
Rasulullah SAW memotong kukunya, menggunting rambutnya pada hari Jumaat sebelum berangkat ke masjid untuk solat.

4) Bersegera ke Jumaat.

Pergi ke Jumaat dengan segera itu besar sekali pahalanya daripada berlengah – lengah. Jika Imam telah naik ke mimbar, maka sekalian malaikat yang menjaga di pintu – pintu masjid yang menuliskan nama – nama orang yang masuk itu, akan melipat buku catatannya.

5) Mengerat kuku dan mencukur misai.

6) Berdoa ketika pergi ke masjid.

7) Berjalan kaki dan langkah yang tidak terburu – buru.

8) Berdoa ketika masuk ke masjid pada hari Jumaat.

9 ) Janganmelangkah tengkuk orang lain.

Jangan melangkahi tengkuk orang – orang yang ada di dalam masjid kerana ingin saf yang di hadapan.

Dari Abdullah bin Basr ra. Berkata: “Pernah datang seorang lelaki dengan melangkahi tengkuk orang lain di hari Jumaat, sedang Nabi SAW berkhutbah, maka baginda berseru kepadanya : Duduklah engkau, maka sesungguhnya engkau telah menyakiti orang.”

Banyak berzikir dan berdoa.

BEBERAPA AMALAN SELEPAS SOLAT JUMAAT.

1 ) Membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 7 kali.

2) Membaca Surah Al – Falaq sebanyak 7 kali.

3) Membaca Surah An- Nas sebanyak 7 kali.

4) Membaca doa mendapat keutamaan.

5) Solat sunat Ba’diah Jumaat (selesai solat Jumaat).

6) Mencari rezeki.

Firman Allah SWT yang bermaksud ; “Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebarlah kamu di muka bumi ; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak – banyak supaya kamu beruntung.” (Al – Jumu’ah : 10)

Abu Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Aus bin Aus ra. Berkata. Rasullullah SAW bersabda : “Sesungguhnya yang utama dari hari – harimu ini ialah hari Jumaat, di dalamnya terjadi Nabi Adam as, dan dihari itu juga ia meninggal, dan pada hari itu juga akan ditiupkan sangkakala, dan pada hari itu juga akan mati semua makhluk.Maka perbanyakkanlah membaca selawat kepadaku, kerana selawatmu itu disampaikan kepadaku. Sahabat bertanya ya Rasulullah, bagaimana selawat kami sampai kepadamu padahal engkau telah rosak dan habis.Nabi SAW bersabda :”Dapat kamu katakana aku akan rosak, sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas bumi untuk memakan jasad para Nabi – nabi.

2) Masa yang mustajab untuk berdoa.

Dari Abdullah bin Yazid dan Abu Lubabbah bin abdil Munzir, Rasulullah SAW bersabda : “Hari Jumaat besar di sisi Allah, bahkan lebih besar dari Hari Aidilfitri dan AidilAdha dan di dalamnya ada 5 kelebihan:
Pada hari itu Allah menjadikan Adam as.
Pada hari itu Allah menurunkan Adam as ke bumi.
Pada hari itu meninggalnya Nabi Adam as.
Pada hari itu ada saat mustajab, tiada seorang pun yang berdoa saat itu melainkan
Allah pasti memberinya, selama tidak meminta yang haram
Pada hari itu akan berlakunya Kiamat dan tiada seorang Malaikat Muqarrah di langit
atau di bumi melainkan merasa khuatir(sayang) dari hari Jumaat.”

3) Hari Penambahan kurnia.

Dalam sebuah hadis diterangkan bahawa hari Jumaat merupakan hari tambahan kurnia dari Allah SWT untuk para hambanya.

4) Hari penuh keampunan dan barakah.

Dalam buku “Duratun Nashihin” oleh Usman Asy Syakir Al – Khaubawiyyi diceritakan bahawa Allah SWT telah menciptakan sebuah menara dari perak putih di samping Baitul makmur. Panjang menara perak itu sejauh perjalanan lima ratus tahun. Pada hari Jumaat jibril akan naik ke ata menara tersebut lalu menyerukan azan.

5) Hari untuk umat Muhammad SAW.

Hari Jumaat menurut keterangan Rasulullah SAW penghulu sekelian hari yang mengandungi ketinggian. Dari Abu Lababah bin Abdul Munzir ia berkata. Telah bersabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya hari Jumaat itu ialah kepala sekalian hari, dan hari yang terbesar di sisi Allah lebih besar dari Aidil Adha dan Aidil Fitri.” HR Ibnu Majah dan Baihaqi)

6) Terpelihara dari fitnah kubur.

Orang –orang yang matinya pada hari atau pada malam Jumaat, dipelihara Allah ia dari fitnah kubur.

7) Baik untuk melangsungkan pernikahan.

Telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. Ia berkata, Rasulullah SAW ditanya orang tentang hari Jumaat. Maka baginda menjawab : Hari Jumaat adalah hari silaturrahim dan pernikahan. Sebahagian ulama mengatakan telah terjadi tujuh pernikahan antara anbiya’ dan antara para aulia’ pada hari Jumaat iaitu :
Pernikahan antara Nabi Adam dengan Siti Hawa.
Pernikahan antara Nabi Yusuf dengan Siti Zulaikha.
Pernikahan antara Nabi Musa as dengan Shafrawa.
Pernikahan antara Nabi Muhammmad SAW dengan Siti Khadijah.
Pernikahan antara Sayyidina Ali bin Abi Talib dengan Fatimah.

Disediakan Oleh
NOOR SUHAILAH BT SHUHAIMI

Disediakan untuk:
Abd Aziz bin Harjin

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my

http://abdazizharjin.blogspot.com


Saturday, September 6, 2008

Pakain dan Islam -

SIKAP ISLAM TERHADAP PAKAIAN

Keperluan Manusia Kepada Pakaian
Tanpa memandang kepada segala bentuk kemahuan dan keindahan yang sedang berlaku dalam kehidupan masyarakat sekarang dan kita tumpukan perhatian terus kepada pakaian dari sudut keperluan semata-mata yang mendorong manusia di peringkat awal mengunakannya, ternyata bahawa tidak lebih dari menutupi beberapa angota tertentu manusia dari terdedah kepada pandangan. Tindakan ini berpunca dari sifat malu semulajadi manusia di samping keinginan memelihara anggota badan yang tertentu daripada kesan negative dari udara dan perubahannya.

Menurut sejarah manusia kuno di zaman lampau menunjukan bahawa apabila tujuan pakaian itu berasaskan kepada tuntutan fitrah semilajadi manusia dan juga keperluannya semata-mata, maka tidak banyak terdapat ragam bentuk pada pakian itu sendiri dan kalaupun ada, ia berpunca pada kebiasaanya dari kelainan kesan udara yang berlaku. Tetapi apabila perasan dan selera manusia itu sedikit demi sedikit mula mendapat perubahan dan ia sendiri telah melangkah ke arah kehidupan secara kota dan bertamadun. Apabila kesan-kesan perubahan baru tadi berbeza di antara satu bangsa dengan bangsa yang lain, sama ada dari sudut kualiti dan kuantiti atau dari keindahannya, sudah tentu akan terdapat berbagai-bagai bentuk dan ukuran bagi pakaian yang dicipta.

Terdapat berbagai sebab yang menjadi punca timbulnya berbagai ragam bentuk pakaian manusia dan musthil untk mengenal dan mengkaji kesemuanya kerana kehidupan manusia dipengaruhi dengan berbagai factor dalaman dan luaran yang mempunyai perananya dalam menjadikan berbagai bentuk pakain yang mendapat sambutan di kalangan bangsa-bangsa, diantaranya adalah:

Suasana Alam Sekitar : Iaitu suasana alam sekeliling yang memaksa penduduk kawasan tertentu di dunia ini memilih satu bentuk pakaian cara hidip yang khusus

Prinsip-prinsip Moral dan Agama: Iaitu berbagai prinsip yang melahirkan satu bentuk khusus pakain wanita di kalangan banga-bangsa yang berlainan daripada bentuk pakain kaum lelaki

Selera semulajadi : Iaitu satu selera yang tumbuh dan membesar di kalangan setiap bangsa melalui berbagai cara, dan menyebabkan timbulnya kelainan pakaian mengikut kelainan bangsa-bangsa tersebut.

Cara hidup : Iaitu cara hidup yang tumbuh membesar dikalangan setiap bangsa dalam bentuk yang khusus yang sesuai dengan suasana persekitaran, tamadun, ekonomi, pemikiran dan kepercayaan bagi bangsa itu.

Taraf Hidup : Iaitu setiap apa yang menjadi sumber hidup setiap bangsa seperti pekerjaan, perusahaan, taraf pendapatan sama ada miskin atau kaya, maka pakain sesuatu bangsa adalah disesuaikan dengan beberapa suasana yang tertentu.

Tamadun : Iaitu tamadun bagi sesuatu bangsa itu berada di peringkat yang tertentu dan berbeza daripada tamadun bangsa yang lain. Apabila bentuk pakain sesuatu bangsa itu terpengaruh dengan taraf tamadun yang dicapainya, maka sudah tentu ia akan berlainan dengan dentuk pakain bagi bangsa yang lain.

Tradisi Kaum : Melalui tradisi ini setiap angkatan baru akan mewarisi daripada angkatan sebelumnya satu cara hidup dan bentuk pakain mereka yang khusus. Kemudian ini pula akan meniggalkan kedua-dua warisan itu kepada angkatan selanjutnya yang berkemungkinan akan membuat sedikit perubahan pada kedua-duanya.

Pengaruh Luar : Beberapa factor yang mempengaruhi pemikiran sesuatu bangsa dan cara hidupnya akibat daripada pertembungannya dengan bagsa-bangsa lain. Adapun sejauhmana dan cara mana sesuatu bangsa itu terpengaruh dengan bangsa-bangsa lain, hal ini adalah bergantung sebahagian besarnya kepada suasana politiknya, pemikirannya dan juga moralnya.

Dua Hakikat Penting Mengenai Pakaian
Pertama: Bahawa pakain bukanlah sekadar suatu alat bagi menutup sebahagian anggota badan dan mengawalnya daripada ancaman udara, malah ia berperanan lebih dari itu, ia mempunyai akar umbi yang mendalam dalam jiwa sesuatu bangsa itu,ketamadunnannya, kemajuan hidupnya, tradisinya dan lain-lain yang termasuk ke dalam semua aspek sosialnya.
Kedua:Bahawa setiap pendorong yang memainkan peranannya di sebalik perkembangan pakain sesuatu bangsa, kecuali suasana geografinya, adalah terdedah kepada perubahan dan pertukaran dari masa ke semasa dengan pantas dan tanpa disedari kerana tidak ada satupun daripada pendorong-pendorong diam atau kaku, malah tiap satunya akan menerima perubahan. Perubahan yang berlaku tidak sahaja memberi kesan kepada corak pakain individu sesuatu bangsa malah ia juga memberi kesan sampingan dengan perubahan yang beransur-ansur dalam kehidupan sosial bagi bangsa itu.

Sesunguhnya tiap bangsa itu memang dahagakan ketingian dan kemajuan hidup. Apabila berkembang ilmu pengetahuan di kalangan mereka, tingi daya pemikiran mereka, terbuka luas pandangan mereka, bertmbah maju perusahan dan perniagan mereka, bertambah banyak kekayaan mereka dan kemudahan hidup di bidang ekonomi mereka di samping terdapat peluang-peluang untuk mengadakan perhubungan dengan bangsa-bangsa lain dan mendapat pengalaman-pengalaman baru daripada bangsa-bangsa itu sama ada dari sudut moral, tamadu, kemajuan hidup dan seumpamanya, maka ketika itu berlakulah satu peralihan dalam secara perlahan-lahan dalam kehidupan sosial bangsa itu yang serentak akan diikuti pula oleh perubahan emosi dan seleranya, akan meresap rasa cintakan keindahan dan disiplin ke dalam hidupnya.

Pada keseluruhannya, citarasa suatu bangsa dan juga tabiat sosialnya sering menerapkan pengubahsuaian yang baik terhadap bentuk pakainnya menurut sejauh mana persediaannya menerima sesuatu yang baru dan membuang corak yang lama, dan juga sejauhmana keinginannya untuk turut bersama dalam arus perkembangan tamadun.

Kesan-kesan Peralihan Ke Arah Perindustrian Pakain
Apa yang telah dibangkitkan oleh penilis seblum ini adalah proses semula jadi yang normal dalam pertumbuhan pakain kebangsaan sesuatu bangsa dan juga perkembangan serta kemajuan yang di capainya. Tetapi dari pada aspek perindustrian keadaanya adalah berbeza kerana suasana perindustrian memaksa sesuatu bangsa itu menukarganti pakaiannya dengan cara mendapatkannya daripada bangsa yang lain.

Sebenarnya fator-faktor tiruan tidak berjaya menghasilkan satu perubahan yang kekal buat selama-lamanya, tetapi ia boleh menyebabkan pertumbuhan semulajadi terganggu dan kadang-kadang pula ia menjadi halangan dalam pertumbuhan tersebut.

Di antara beberapa alasan yang mengharuskan perubahan bentuk pakain diadakan melalui tndakan undang-undang ialah dengan berlakunya perubahan pakain bagi sesuatu bangsa itu adalah diharapkan bertukar cara berfikiran mundur menjadi cergas dan bernafas yang dapat menggantikan keadaan lama yang lembab dan kaku: dengan hanya melucutkan pakain bentuk lama yang tidak menarik dan akan lenyap dalam sekelip mata.

Keperluan Pakain Sebagai Satu Lambang Sosial
Bentuk atau fesyen pakaian bukanlah merupakan suatu gejala masyrakat yang berasingan, malah ia adalah hasil dari integrasi berbagai faktor alam semulajadi dan sosial. Hakikat ini jika di akui kebenarannya maka terpaksa pula mengakui bahawa bentuk pakain yang mendapat sambutan ramai di kalangan di kalangan sesuatu bangsa adalah natijah daripada adunan faktor-faktor tadi, iaitu satu bentuk asli yang serasi dengan sifat semulajadi bagi bangsa itu, dan sekiranya ia, secara mengejut, menukar bentuknya yang asli dengan bentuknya yang baru yang bukan hasil dari adunan faktor-faktor tadi, maka tidak syak lagi dengan tindakan itu ia telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang telah dikurniakan Allah kepad manusia di permukan bumi.

Pakain bagi sesuatu bangsa itu mempunyai hubungan yang rapat dengan cara hidup bangsa itu dan di antara cara hidupnya pula dengan kehidupan sosial hariannya mempunyai hubungan dan pertalian dari berbagai sudut. Hubungan dan pertalian akan tetap kekal dalam keadaanya yang normal kerana kehidupan itu dalam bentuknya yang sebegini akan terus bergerak dan berubah dalam semua unitnya. Tetapi apabila perubahan itu berlaku bukan dalam bentuknya yang normal iaitu berubahnya bentuk pakain dan cara hidup sesuatu bangsa itu atau bentuk pakain dan cara hidup sesuatu sesuatu bangsa itu atau bentuk pakaiannya sahaja melalui saluran-saluran yang tidak asli dan natural maka akan berlaku dalam kehidupan bangsa itu suasana yang tidak tenang dan pincang kerana unit-unit kehidupan yang lainnya tidak turut bersama dalam perubahan itu di samping tiada satu bentuk hubungan atau integrasi di antara unit-unit itu dengan perubahan yang berlaku.

Keindahan, kesederhanaan dan kesesuaian pakaian bagi suasana yang maju adalah bergantung, menurut kaadaan sebenarya, kepada kemajuan sesuatu bangsa yang cergas, maju, bermoral tnggi, dan mempunyai daya pemikiran yang kreatif. Sejauh mana kemajuan yang dicapainya dalam bidang-bidang di atas sebanyak itu pula berlakunya pangubahsuaian terhadap bentuk pakain kebangsaanya kerana sesuatu kehidupan sosial yang inginkan kemajuan akan melakukan sendiri pengubahsuaian dan perubahan terhadap keadaan lamanya dengan yang normal.

Perubahan yang brlaku pada sesuatu bangsa dan juga cara hidupnya tanpa diasaskan kepada faktor-faktor kemajuan sosial dalam skop umumnya di samping terdapat usaha-usaha ke arah menigkatkannya ke peringkat yang melebihi tahapnya yang sebenar dengan melalui satu tindakan yang sengaja diada- adakan.Kepincangan dan pergolakan yang berlaku dalam struktur sosial, alam pemikiran dan moral bagi sesuatu bangsa yang mundur yang berusaha memajukannya secara mendadak.

Sesuatu bangsa yang kedudukan ekonominya tidak membolehkannya untuk menanggung perbelanjaan mengadakan satu bentuk pakain tertentu adalah dianggap zalim apabila memaksanya memilih satu bentuk pakain dan cara hidup memberatkannya yang nilainya melebihi tahap kemampuan ekonominya. Perbuatan sebegini sudah pasti akan merosakkan bangsa itu kerana ia buka sahaja akan memilih pakain dan cara hidup sesuatu bangsa yang telah maju dan kaya tetapi ia juga akan berusaha untuk memilih ideologi-ideologi bangsa itu dan etika kerja mereka.

Pakain, bahasa dan huruf-huruf bagi sesuatu bahasa adalah tunggak di mana tertegaknya identiti sesuatu bangsa, dengan itu apabila runtuhnya tunggak itu, maka sudah tentu identitinya akan beransur-ansur pupus dan meresap ke dalam perkauman bangsa lain, akhirnya ia hanya akan menjadi kenangan buat pandangan matanya.

Pemilihan sesuatu bangsa terhadap bentuk pakaian bangsa lain sebenarnya adalah satu pernyatan tentang perasaan rendah diri yang terdapat dalam jiwa bangsa itu, dengan lain perkataan ia telah menganggap dirinya sebagai satu bangsa yang hina, tidak ada padanya sesuatu yang dapat dibanga dan dimuliakan, datuk nenek mereka tidak berdaya meningalkan sesuatu yang dapat dipelihara.

Daripada apa yang disaksikan oleh sejarah terhadap peristiwa-peristiwa zaman kita ini menunjukan bahawa sesuatu bangsa itu tidak akan menrima bentuk kerendahan,kehinaan dan malu kecuali apabila mereka berada dalam salah satu di antara gambaran berikut; sama ada mereka pernah mengalami kehancuran demi kehancuran dalam semua bidang kehidupan berbanding dengan bangsa-bangsa yang lain.

Dari Sudut Pandangan Syara’k
Islam adalah agama fitrah oleh sebab itu dalam sebarang urusan kehidupan manusia ia hanya akan mengikuti satu cara yang sesuai dengan pemikiran umum manusia dan juga sesuai dengan fitrah kejadian manusia.Islam tidak pernah manentukan satu bentuk pakain yang khusus bagi manusia atau satu cara hidup yang khusus bagi mereka. Disampin itu Islam telah meletekan sjumlah prinsip dan juga kaedah-kaedah asas dari sudut moral dan sosial semata-mata, Islam menghendaki setiap bangsa itu agar tidak bertindak mengubahsuai pakain dan cara hidupnya sehari-hari kecuali berdasarkan kepada perinsip-perinsip tadi.

Diantara kaedah-kaedah asasnya adalah sepertu berikut; yang partama Islam telah menetapkan batas-batas penutupan aurat bagi kaun lelaki dan perempuan. Islam telah mewajibkan kaum lelaki menutup anggotanya di antara pusat dan lutut, manakala kaum perempuan diwajibkan pula menutup ke semua tubuh badan mereka kecuali muka, dan kedua tangan dan bahagian bawah dua kakinya.Sekiranya pakain sesuatu bangsa itu tidak memenuhi syarat-syarat ini, maka Islam menuntut mereka agar mengadakan ubahsuaian terhadap pakain mereka agar mengadakan ubahsuaian terhadap pakain mereka menurut syarat-syarat tersebut dan apabila telah diadakan ubahsuaian yang menepati syarat-syarat itu, maka mereka sudah diangap telah memenuhi tuntutan Islam.

Kedua ialah kaum lelaki dilarang memakai kain sutera ataupun memakai perhiasan emas dan perak dan lagi Islam menegah kaum lelaki dan perempuan memakai pakain yang boleh melahirkan rasa kagum, megah, besar diri, sombong dan menampakkan kemewahan hidup yang keterlaluan.

Ketiga sekiranya terdapat pada pakaian seperti tanda-tanda yang menjadi lambing sebahagian kumpulan agama bukan Islam, seperti tali pinggang,salib dan gambar-gambar maka wajiblah di hapuskannya. Ini kerana Islam ingin umatnya berbeza dengan orang yang bukan Islam.
Penyerupan

Penyerupan dari sudut bahasa ialah suatu usaha (percuban) yang dilakukan oleh seseorang untuk menyerupakan dirinya dengan orang lain, terdapat empat bentuk penyerupan iaitu;

Penyerupan Jenis
Iaitu penyerupaan kaum lelaki dengan kaum perempuan atau penyerupaan kaum perempuan dengan kaum lelaki. Perbuatan buruk nini adalah penyelewengan terhadap fitrah manusia dan satu tanda yang menunjukkan wujudnya satu pemikiran yang sudah rosak. Rasulluah s.a.w. telah melaknat melalui hadis baginda yang jelas akan kaum lelaki yang memakai pakain kaum wanita dan kaum wanita yang memakai pakain kaum lelaki.

Penyerupan Kebangsaan
Adalah suatu bangsa bertindak agar ia menyerupai bangsa-bangsa yang lain. Ini adalah bertentangan dengan fitrah dan akal manusia. Tindakan ini tidak akan berlaku kecuali apabila suatu bangsa itu mempunyai rasa rendah diri dan hilang perasaan malu.

Penyerupaan Individu
Keadaan ini pada hakikatnya adalah satu tanda kelemahan bagi satu watak seseorang individu. Individu-individu yang melakukan perkara ini dalam hidup mereka akan melihat sendiri diri mereka tidak mempunyai pendirian yang teguh. Perbuatan meniru begini di anggap sebagai satu amalan yang hina.

Penyerupaan Orang Bukan Islam
Iaitu seorang muslim berusaha menyerupakan dirinya dengan seorang kafir. Perbuatan ini juga amat keji dari sudut politik kerana ia mengandungi bahaya yang besar. Seseorang yang menyerupai orang kafir kadang-kadang akan dilayani oleh kaum muslim separti mereka melayani orang-orang bukan Islam.

PAKAIAN WANITA ISLAM MENURUT AL-QURAN DAN SUNNAH
Bagi sesetengah orang ketetapan Syariah ini boleh jadi mempunyi percanggahan dengan pendapat-pendapat peribadi mereka yang sebahagian besarnya dipengaruhi sesuatu pandangan, tangapan dan kecenderungan seseorang itu lebih tinggi atau setaraf dengan hukum-hukum Allah adalah suatu kesombongan dan keangkuhan yang tiada taranya. Hal ini sebenarnya, bermaksud manusia itu telah menjawab petunjuk petunjuk Allah. Sikap seperti ini menepati sikap orang kafir dan munafik, bukannya sifat Mukmin, tsk kirsalah sama ada sempurna atau tak sempurnanya amalan Islam di dalam kehidupannya, Satu cirri penting untuk menjadi seseorang Mukmin mengikut Al-Quran ialah meletakan pandangan, perasaan dan kecenderongan seseorang itu lebih rendah daripada sesuatu ketetapan Allah dan RasulNya.

Syarat Pertama:Had Menutup
Pakain tersebut mestilah menutup seluruh tubuh kecuali anggota yang diizinkan dengan jelasnya. Seorang wanita Islam tidak seharusnya menampakan kecantikkan dan perhiasannya(zinah). Perkatan zinah mempunyai dua maksud iaitu semulajadi atau kecantikan tubuh dan perhiasan yang di pakai seperti cincin, rantai,gelang tangan dan juga pakaian.

Tudung kepala hendaklah dilabuhkan menutupi pangkal leher ini bermaksud tudung tersebut perlu labuh bukan setakat menutupi rambutnya, bahkan menutupi leherdan dada sekali.

Sayarat Kedua:Longgar
Pakain tersebut mestilah cukup longgar sehingga ia tidak menampakkan bentuk tubuh seseorang wanita itu. Salah satu cara yang paling baik untuk melindungi susuk tubuh ialah dengan memakai pakaian luar longgar yang tidak bertentangan di luar pakain tersebut.

Syarat Ketiga:Tebal
Pakaian tersebut hendaklah cukup tebal agar ia tidak akan menempakkan warna kulit si pemakainya ataupun bentuk tubuh pemakai yang sepatutnya dilindungi

Syarat Keempat:Tuada Daya Tarikan
Pakaian itu tidaklah bersifat menarik perhatian dan mengghairahkan kaum lelaki terhadap kecantikan si pemakai tersebut, Al-Quran dengan jelasnya menerangkan tentang tujuan pakaian wanita ialah untu menyembunyikan zinah.

Syarat-syarat Tambahan
Pakain itu tidak harus menyerupai pakain yang pada kebiasaannya dianggap sebagai pakain orang-orang kafir. Peraturan ini diperolehi dari peraturan umum syariah bahawa umat Syariah bahawa umat Islam hendaklah mempunyai sahsiah yang tersendiri dan membezakan pakain atau akhlaknya daripada orang-orang kafir.

Pakaian itu bukanlah dipakai di atas dasar mencari kesombongan, dan kebangaan, kebangaan demikian Cuma boleh diperoleh dengan memakai pakaian yang berwarna warni, untuk memperolehi perhatian orang lain.
Pakaian tersebut hendaklah tidak serupa dengan pakain leleki. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasullah s.a.w. melatnati lelaki yang menyerupai permpuan dan permpuan yang menyerupai lelaki.

SYARAT-SYRAT PAKAIAN LELAKI
Syarat-syarat asas yang dikenakan ke atas pakain wanita juga di sandarkan ke atas pakain lelaki dengan beberapa perubahan. Ini mudah difahami kerana Islam menakrifkan aurat sebagai mana-mana bahagian y ang harus di lindungi sepanjang waktu melainkan dalam kekecualian yang diizinkan oleh Syariah. Penutupan aurat juga adalah syarat kepada sahnya sembahyang.
Telah diijmakan oleh para fuqaha berdasarkan Al-Quran dan Sunnah bahawa aurat wanita adalah seluruh tubuhnya melainkan tangan dan mukanya. Bagi lelaki pula, auratnya di takrifkan sebagai kawasan di antara pusat dengan lutut.

Di dalam lingkungan penakrifan tentang aurat bagi kedua-dua lelaki dan perempuan, keempat-empat syarat seperti yang telah di kemukakan di atas adalah sama pada dasarnya:

Lelaki hendaklah menutup semua auratnya.
Pakaian lelaki hendaklah cukup longgar sehingga tidak menampakkan apa yang ia lindungi
Mestilah cukup tebal sehiga tidak menampakkan warna kulit kawasan mahupan angota yang wajib di tutup
Hendaklah direkabentuk sehingga tidak sampai menarik perhatian para wanita terhadapnya. Peraturan umum mengenai kehormatan yakni tidak untuk menunjuk-nunjuk juga terpakai keatas semua lelaki dan wanita muslim.
Terdapat pula tiga syarat tambahan yang dibincangkan di bawah kanun pakain permpuan yanturut di sandarkan ke atas pakain lelaki: Ia tidak menyerupai pakain perempuan
Ia tidak menyerupai pakain yang jelas dikenali sebagai pakain orang-orang kafir.
Ia bukan pakaian untuk tujuan berbanga, mencari kemasyhuran dan nama
Kaum lelaki juga diharamkan memakai emas dan sutera.

KESIMPULAN
Apa yang menjadi tumpuan penulis buku ini ialah perintah-perintah Allah yang digali dari KalamNya yakni Al-Quran dan di huraikan oleh Rasullah s.a.w. Perentah dan arahan tersebut menjadi tanggungjawab utama bagi setiap individu muslim, lelaki atau wnita pada hari di mana mereka semua dibangkitkan di hadapan Allah untuk dipertangungjawabkan mengenai apa yang telah mereka lakukan sewaktu hidup diatas muka bumi ini.Bagaimanapun, bukanlah suatu kekuatan tekanan atau paksaan yang akan membawa pengabdian diri kepada Allah sebaliknya kecintaan kepadaNya, serta penerimaan terhadap petunjukNya sebagai kebenaran hakiki. Walaupun ia akan bercanggah dengan pendapat peribadi seseorang itu serta diikuti pula dengan suatu usaha untuk mendekatkan lagi jurang di antara amalan kini dengan peringkat yang dikehadaki oleh Allah S.W.T

Disediakn Oleh
MOHD SAIFUL FAIZ BIN HJ RIDZUAN


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Ajaran Sesat -

Saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana berkesempatan untuk menyampaikan kata alu-aluan di dalam kertas kerja yang telah saya ringkaskan dari buku ‘Penjelasan Ciri-Ciri Utama Ajaran Sesat’.

Buku kecil ini menjelaskan beberapa ciri dan faktor penting yang membawa kepada penyelewengan akidah di dalam masyarakat Islam untuk dijadikan panduan kepada kita bersama. Perkara ini menjadi lebih penting lagi kerana pada kebiasaannya ajaran sesat bergerak secara sulit dan disebarkan secara bersembunyi dan kadangkala berselindung di sebalik tarikat yang asing kepada masyarakat Islam dengan memutarbelitkan fakta-fakta yang sebenar.

Oleh yang demikian, ringkasan ini secara tidak langsung dapat mendedahkan penyelewengan yang sering di bawa oleh guru-guru ajaran sesat seterusnya memberi panduan kepada masyarakat untuk mempelajari ajaran Islam yang sebenar.

Sejarah kelahiran ajaran sesat atau penyelewengan akidah Islamiah ini bukanlah suatu perkara baru tapi ianya telah bermula sejak sebelum wafat Nabi Muhammad s.aw di mana telah lahir beberapa orang mendakwa dirinya sebagai Nabi selepas Rasulullah s.a.w. dan menyebarkan ajaran-ajarannya kepada umat Islam pada masa itu seperti Musailamatul Kazab, Talhah al-Asady dari Kabilah Bani Asad dan al-Aswad al-Anusi di Yaman.

Pada masa ini di negara kita sudah banyak terdapat ajaran-ajaran sesat yang muncul dari semasa ke semasa di mana hampir keseluruhannya tidak dapat dihapuskan oleh pihak-pihak tertentu. Jika ditinjau masalah ajaran sesat ini ianya bukan sahaja lahir dalam masyarakat umat Islam sahaja bahkan semua agama dan semua bangsa menghadapi cabaran dengan kelahiran ajaran yang menyeleweng daripada ajaran asal seperti tragedy Guyana di mana pengikut-pengikutnya seramai 912 orang telah sanggup membunuh diri dengan meminum racun di bawah pimpinan Jim Jones.

Di kalangan umat Islam Malaysia ajaran-ajaran sesat yang telah dikesan dan dipercayai paling lama usianya ialah ajaran Taslim yang telah diasaskan oleh Tuan Haji Ahmad Matahari pada akhir abad ke-17 di Kampung Seronok Bayan Lepas Pulau Pinang. Setelah Haji Ahmad Matahari meninggal ajaran ini dipimpin oleh anaknya dan setelah meninggal ia telah dipimpin oleh cucunya dan setelah cucunya juga meninggal maka ia telah dipimpin oleh orang-orang kanannya hingga ajaran ini merebak ke seluruh negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah. Suatu ancaman besar kepada agama dan umat Islam di Malaysia masa kini ialah penyebaran ajaran-ajaran sesat dikalangan umat Islam yang terus berjalan dari masa ke semasa. Ajaran-ajaran ini dapat bertapak apabila saja ianya diperkenalkan. Sehingga kini hampir seluruh pelusuk rantau negara ini diresapi oleh berbagai-bagai bentuk ajaran sesat, yang datang dari berbagai-bagai tempat. Sebilangan daripada ajaran-ajaran tersebut terang-terang boleh mengheret pengikutnya keluar dari akidah dan syariah agama Islam tetapi tidak disedari oleh pengikutnya putus hubungan dengan saudara-saudara Islamnya yang lain di dalam masyarakat. Ada pula ajaran-ajaran di mana pengikutnya sanggup keluar dari agama Islam kerana mempercayai bahawa ajaran itu betul, dan pula yang sanggup menceraikan isteri, meninggalkan rumahtangga dan seterusnya melakukan kekejaman ke atas orang lain dan kadang-kadang melakukan pembunuhan.

Keadaan-keadaan beginilah yang benar-benar mengancam agama dan keselamatan umat Islam di negara ini dan amat sukar diatasi sekiranya tindakan yang betul-betul berkesan tidak diambil dengan segera.

Antara sebab-sebab berlakunya penyelewengan agama ini adalah antaranya terdapat individu yang mempunyai kepentingan diri seperti untuk mendapatkan kedudukan, harta, dan sebagainya. Selain itu terdapat juga golongan yang ingin melemahkan ajaran Islam dengan memesongkan akidah orang Islam.

Dalam rumusan ini saya juga memuatkan sedikit tentang cirri-ciri ajaran sesat antaranya mencemarkan kesucian Al-Ouran dan hadis seperti memansukh, mengubah, mempertikai, atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan hadis. Contohnya kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi.selain itu Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam seperti mendakwa menyatukan semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau mendakwa semua agama adalah sama sebagaimana ajaran Bahai.

Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan sebagaimana ajaran Oadiani.

Yang seterusna ialah Menolak perkara yang qat'ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad sebagaimana ajaran Qadiani dan Bahai.

Cirri yang ke seterusnya ialah Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai, Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan dosa kepada seseorang seperti ajaran Tariqat Al-Mufarridiah, Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para nabi, wali, dan malaikat, Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah S.W.T. seperti menyeru nama orang-orang yang telah meninggal dunia di dalam doa atau jampiansebagaimana yang dilakukan oleh bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu hitam dan Menolak hadis mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan anti hadis.

Dalam kajian saya, terdapat juga kesan buruk dalam pengamalan ajaran sesat ini. Contohnya Kesan terhadap individu. akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang mempercayai atau beramal dengan ajaran sesat boleh merosakkan akidah.Mereka wajib bertaubat dan kembali kepadaajaran Islam.kesan yang kedua ialah masa terbuang. Masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat.kesan yang ketiga pula minda seseorang akan tertutup. Pemikiran mereka sering dikongkong oleh pemimpin yang mendakwa mendapat wahyu. Tindakan dan kelakuan mereka menjadi tidak rasional dan fanatic. Kesan yang keempat ialah kehidupan tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada pengabaian tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri, ibu, atau bapa.

Selain itu, terdapat juga kesan terhadap masyarakat contohnya keruntuhan institusikekeluargaan. Keretakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga yang menganut ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka.

kesan yang kedua ialah perpaduan tergugat. Sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan dan pemimpin mereka menyebabkan mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling.Ini menjejaskan perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat;

manakala kesan yang ketiga ialah berlaku keganasan. Kepatuhan membutatuli kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan pengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan.

Negara juga akan turut terkena biasannya juga. Contohnya negara akan mundur. Penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada sumbangan dan produktiviti individu.kesan yang kedua ialah negara tidak stabil. Penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara. Akibatnya negara terpaksa menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan negara.

Di sini saya juga turut muatkan beberapa contoh ajaran sesat:

Qadiani
1. Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 1908 Masihi.
2. Nama Qadiani ialah sempena tempat lahir pengasasnya di Qadian iaitu sebuah kampung di Daerah Gusdapur, India.
3. Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889 Masihi.
4. Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah pada tahun 1949 Masihi.
5. Ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah:

(a) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna (tuhan mengikut kepercayaan Hindu);
(b) beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah;
(c) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat;
(d) menghapuskan jihad;
(e) mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayat pertama surah Al-Qadr;
(f) mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T;
(g) mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji;
(h) mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India;
(i) menghukum kafir selain penganut Qadiani.

Bahai

1. Bahai diasaskan oleh Husain Ali Al-Mazandani yang meninggal dunia pada tahun 1892 Masihi.
2. Bahai adalah nama sempena pengasasnya yang digelar sebagai Baha'ullah.
3. Ajaran Bahai adalah lanjutan kepada ajaran Al-Babiah yang diasaskan oleh Ali Muhammad Al-Syirazi yang meninggal dunia pada tahun 1850 Masihi.
4. Ajaran Bahai muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi.
5. Ajaran Bahai mula tersebar di Malaysia pada tahun 1953 melalui Yan Kee Leong.
6. Ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai ialah:

(a) beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T.;
(b) beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai;
(c) beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa'(kekal);
(d) beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi;
(e) beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib;
(f) mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut;
(g) menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga, dan neraka;
(h) memansukhkan agama Islam;
(i) menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru;
(j) mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dan dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali; menghapuskan jihad.

Taslim
1. Taslim diasaskan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Muhammad Matahari.
2. Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung Seronok di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
3. Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di Malaysia. Ajaran ini juga mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.

Ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim ialah:
(a) beriktikad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur Muhammad;
(b) beriktikad bahawa alam ini bersifat qadim;
(c) mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu;
(d) mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin;
(e) menolak kewujudan hari kiamat, syurga,dan neraka;
(f) solat secara niat tanpa rukun qauli(perkataan) dan fikli (perbuatan);
(g) menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum

Dalam masalah ini, terdapat beberapa langkah-langkah untuk menangani masalah ajaran sesat,antaranya ialah melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar. Pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar melalui proses pembelajaran secara formal atau tidak formal.langkah yang kedua dengan menyebarkan ajaran Islam. Ajaran Islam hendaklah sentiasa didedahkan kepada masyarakat menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik, ceramah, seminar, forum, dan simposium.seterusnya Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang Penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu oleh semua pihak akan dapat membendung kegiatan ajaran sesat daripada terus menular dalam masyarakat.

Program pemulihan akidah juga ialah salah satu cara untuk menangani masalah tersebut. Orang yang terlibat dengan ajaran sesat amat memerlukan kepada program pemulihan akidah, Di Malaysia terdapat beberapa buah pusat pemulihan akidah seperti Pusat Pemulihan Akidah Jelebu, Negeri Sembilan dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor.

Dalam buku yang telah saya kaji ini telah menjelaskan tentang beberapa ciri-ciri ajaran sesat. Antaranya ialah:

i. Mempercayai orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya
ii. Bersumpah merahsiakan ajaran yang diikutinya
iii. Mengagung-agungkan keturunan Yahudi
iv. Mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi
v. Mengaku memiliki barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w
vi. Mempercayai semua ajaran adalah sama
vii. Mengaku dirinya sebagai wali
viii. Mempercayai Gurunya boleh memberi syafaat
ix. Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana bersuluk
x. Mempercayai orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.

Ada terdapat amalan tarikat yang mempercayai bahawa gurunya yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.

1) Semua manusia dan makhluk yang hidup di atas muka bumi ini akan mati. Manusia yang mati itu tidak akan dihidupkan kembali melainkan di hari Kiamat untuk menerima pembalasan. Dalam hal ini, Allah telah menegaskan melalui firman-Nya:

ii. Bersumpah merahsiakan ajaran yang diikutinya.

Kebanyakkan ajaran sesat mensyaratkan pengikut-pengikutnya menyembunyikan ajaran yang dipelajari dari diketahui oleh orang lain kecuali pengikut-pengikut sahaja”.

1) Perkara tersebut amat berbeza sekali dengan kehendak Islam kerana Islam adalah satu agama yang menghendaki umatnya menyeru untuk menyampaikan perkara kebaikan kepada manusia sejagat secara terus terang dan tidak bersembunyi-sembunyi.

iii. Mengagung-agungkan keturunan Yahudi

Ada guru ajaran sesat yang mengaku dirinya sebagai keturunan Yahudi dan mendakwa menerima wahyu daripada Allah dan menganggap bahawa keturunan Yahudi paling agung di dunia ini.

1) Sikap mengagung-agungkan keturunan Yahudi sebagai kaum atau bangsa yang paling baik, yang perlu diikuti adalah salah satu cirri kesesatan di dalam Islam. Ianya tanda-tanda sesat di dalam pegangan agama Islam kerana al-Quran telah menerangkan sikap orang Yahudi di dalam surah al-Maidah : 82.

2) Allah S.W.T. telah menganggap orang Yahudi sebagai golongan yang sesat merupakan kaum yang mempunyai akhlak yang buruk. Jadi sesiapa yang mengikuti jejak kaum Yahudi adalah digolongkan serupa dengan mereka.

3) Sifat mereka disebutkan di dalam al-Quran sebagai kaum pandai membuat muslihat terhadap apa yang dirasakan oleh menguntungkan mereka. Allah menyatakan kaum Yahudi adalah seloba-loba manusia kepada hidup (yang lanjut masanya) melebihi kaum kafir musyrik. Mereka suka kiranya boleh hidup seribu tahun.

4) Kaum Yahudi adalah kaum yang suka mengamalkan sihir dan menggunakannya dengan sewenang-wenangnya.

5) Orang Yahudi masih berpegang dengan sikap mereka tidak menurut perintah Allah, tidak menerima kerasulan dan ajaran daripada Nabi-nabi selepas Nabi Musa, iaitu Nabi Isa dan Nabi Muhammad s.a.w. Meraka menganggap apa yang mereka pegang itulah sahaja yang benar. Lalu mereka putarbelitkan kebenaran untuk mempertahankan pegangan mereka.

6) Allah menceritakan sikap mereka di dalam al-Quran sebagai kaum yang keras hati, lebih keras daripada batu di dalam hal menerima kebenaran dan keimanan. Selepas itu mereka tutup hati mereka daripada menerima Islam dan mengisytiharkan bahawa mereka adalah anak-anak Allah yang sangat disayangi Allah. Bahkan mereka mendakwa bahawa syurga dan akhirat adalah hak istimewa mereka sahaja. Pada hal mereka adalah sebagai orang yang tidak mempunyai agama selagi mereka tidak beriman dengan Kitab Taurat yang membawa mereka percaya kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

7) Sikap mengagung-agungkan kaum Yahudi ini sebagai tanda-tanda terkeluar daripada ajaran Islam kerana sikap ini adalah bertentangan dengan tuntutan al-Quran. Di dalam al-Quran Allah memperingatkan orang Islam tentang sikap orang Yahudi terhadap agama lain. Mereka sentiasa berusaha supaya orang Islam mengikuti jejak mereka.

iv. Mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi

“Untuk menyakinkan pengikut, ada guru-guru ajaran sesat yang mendakwa menerima wahyu dan mengaku sebagai Nabi”.

1) Agama Islam telah menetapkan bahawa Allah S.W.T. telah mengutuskan seramai 25 orang Nabi dan Rasul kepada umat manusia dan Nabi Muhammad s.a.w. merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir yang diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan syariatnya kepada umat manusia. Segala hukum-hukum dan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. merupakan syariat yang terakhir dan tidak ada lagi wahyu yang diturunkan selepasnya.

2) Kalau ditinjau dalam sejarah Islam orang-orang yang mengaku mendakwa menjadi nabi sesudah Nabi kita Muhammad s.a.w. adalah sangat ramai sehingga ke zaman kita hari ini. Pada permulaan wafatnya Junjungan Besar Muhammad s.a.w. telah muncul tiga orang yang mendakwa dirinya menjadi Nabi, iaitu Muhammad Kazab di Yamamah Al-Aswad Al Unusi di Negeri Yaman, dan Talhah Al Asadi dari Kabilah Bani Asad.

3) Kesudahannya mereka ini telah mati terbunuh di tangan askar-askar pejuang Islam yang dipimpin oleh Jeneral Khalid Ibni Walid, setelah beliau diutus khas oleh Khalifah Islam Syaidina Abu Bakar r.a. untuk menghapuskan golongan yang mendakwa menjadi Nabi palsu itu. Pada tahun 11 Hijrah Talhah Al Asadi telah bertaubat dan kembali kepada Islam di akhir hayatnya.

4) Mengikut iktikad dan fatwa ulama-ulama dari golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah bahawa hukuman bagi orang-orang yang mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi sesudah Nabi Muhammad s.a.w. adalah terkeluar daripada agama Islam. Oleh itu golongan-golongan yang mendakwa menjadi Nabi selepas wafatnya junjungan Nabi Muhammad s.a.w. telah diperangi oleh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.

v. Mengakui Dirinya Memiliki Barang-barang Peninggalan Rasulullah s.a.w.

“Ada setengah guru ajaran sesat yang mendakwa memiliki barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w. bertujuan untuk menyakinkan pengikut bahawa ajarannya itu benar daripada Rasulullah s.a.w.”

1) Dakwaan ini bertujuan untuk menunjukkan kehebatan seseorang itu sahaja dan juga untuk mempengaruhi orang lain dengan menggunakan nama Rasulullah s.a.w. Perlu diingat bahawa barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w. tidak mempunyai apa-apa kelebihan pun malah ianya sama seperti barang-barang lain.

2) Dakwaan ini menjadi lebih meragukan lagi jika seseorang yang mendakwa memiliki barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w. itu tidak mempunyai hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. yang memberi peluang seseorang itu untuk menerima barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w. secara langsung.

3) Taraf keistimewaan sahabat adalah kerana ilmu dengan dan amalannya sahaja. Oleh itu sesiapa sahaja sama ada di zaman Rasulullah atau sekarang ini mempunyai keistimewaannya disebabkan oleh ilmu dan amalannya sahaja bukannya berpandukan kepada jauh dan dekatnya seseorang itu dengan Rasulullah s.a.w.

vi. Mempercayai Semua Ajaran Adalah Sama.

“Untuk meyakinkan pengikut supaya mempelajari sesuatu ajaran salah, guru-guru ajaran salah mengatakan bahawa semua ajaran adalah daripada Allah dan menuju ke syurga.”

1) Setiap manusia normal mempunyai naluri yang baik dan sentiasa inginkan perkara-perkara yang baik di dalam hidupnya. Naluri itu mengerakkan tabiat manusia kepada mencari jalan untuk hidup aman dan damai. Atas keperluan itu menjadikan manusia secara langsung mempunyai fitrah (bakat) hidup beragama. Dengan sebab itu apabila Allah mengarahkan manusia berpegang kepada agama Allah sebagai landasan cara hidup yang selamat dan diredhaiNya diterima oleh manusia sehingga ke hari ini. Walaupun begitu terdapat manusia yang tidak menerima hidayah (petunjuk) daripada Allah, mereka terus mencari malah membentuk doktrin (prinsip) dan method (cara) tersendiri sebagai pegangan hidup untuk memenuhi fitrah semula jadi itu. Masing-masing cuba mempertahankan keyakinan dan pegangan mereka. Di dalam keadaan begitu ada pula golongan yang mempercayai semua agama adalah sama, mereka percaya bahawa semua agama menuju ke syurga. Pendapat ini adalah penyelewengan terhadap ajaran Islam juga merupakan salah satu ciri-ciri utama ajaran sesat.

viv. Meninggalkan Sembahyang Jumaat Kerana Bersuluk

“Ada antara guru-guru ajaran sesat yang mengharuskan pengikut-pengikutnya meninggalkan sembahyang Jumaat ketika bersuluk.”

1) Mengharuskan kewajipan sembahyang Jumaat semasa bersuluk beerti mengharuskan sesuatu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T.Mengikut syarak, hokum sembahyang Jumaat adalah Fardhu Ain bagi setiap yang mukallaf.

Pada masa ini terdapat beberapa jenis ajaran sesat yang dapat dibahagikan kepada tiga bentuk utama iaitu:

i. Bentuk Ajaran

Ajaran ini biasanya lahir melalui ajaran-ajaran yang direka atau dicipta oleh seorang guru atau penganjur ajaran sesat yang

menggunakan berbagai-bagai nama atau pengamalan tertentu.

ii. Bentuk Tarikat

Melalui bentuk tarikat ini biasanya mereka menggunakan nama-nama tarikat yang masyhur di kalangan umat Islam kerana tarikat ini telah pun diamalkan oleh ulama-ulama yang mana mereka ini mengamalkan amalan-amalan tarikat ini dengan berpandukan kepada al-Quran dan sunnah. Dengan ini meraka menggunakan nama-nama tarikat ini seperti Ahmadiah, Naqsyabandiah Sazaliah, Samaniah, Qadariah, Muffaridiah dan berbagai-berbagai lagi. Kadang-kadang nama-nama tarikat ini diciptakan mengikut ajaran tarikat ini.

Walaupun terdapat nama-nama yang bersamaan antara tarikat-tarikat yang direka dengan tarikat asal tetapi ternyata daripada ajaran-ajaran yang diamalkan oleh mereka dan konsep yang terdapat dalam ajaran tarikat itu terdapat unsur-unsur ataupun bahan-bahan yang boleh membawa penyelewengan akidah Islamiah dan boleh membawa pengikut-pengikutnya terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

iii. Melalui kepercayaan dan amalan tradisi yang berhubungan dengan amalan mistik dan kultus.

Bentuk kepercayaan ini telah menjadi satu perkara lumrah dikalangan orang-orang Melayu Islam di negara ini kerana ianya bersifat:

a. Pemujaan kepada tempat-tempat yang dianggap keramat.
b. Pemujaan kepada orang-orang yang dianggap wali dan mempunyai kelebihan.
c. Kepercayaan kepada kuasa-kuasa kesaktian melalui amalan-amalan seni mempertahankan diri dan sebagainya.
d. Kepercayaan terhadap dukun-dukun atau bomoh-bomoh yang mendakwa mendapat ilmu kedukunan daripada mimpi-mimpi atau orang-orang halus (bunian ataupun sampingan) melalui amalan cara menurun dan sebagainya.

Jika dilihat daripada bentuk-bentuk yang disebutkan di atas adalah menunjukkan bahawa orang-orang Islam di negara ini masih mencampuradukkan di antara pola-pola kepercayaan tradisi mereka dengan unsur-unsur agama Islam dan sekiranya pola-pola yang sedemikian tidak dapat dipisahkan dengan kepercayaan umat Islam pada hari ini, maka krisis akidah umat Islam makin meruncingkan.

penutup
Islam adalah satu-satunya agama yang lengkap lagi komprehensif (syumul) kerana ia diasaskan atas tiga komponen utama iaitu akidah, syariat dan akhlak. Ketiga-tiga komponen ini menjadi tonggak utama kepada kekuatan, kesempurnaan dan keindahan Islam.

Rahsia kejituan Islam adalah berdasarkan kepada dua sumber utama iaitu Al-Qur‘an dan As-Sunnah. Maka keselamatan umat Islam di dunia dan di akhirat adalah ditentukan kepada ukuran sejauh mana seseorang itu berpegang teguh kepada kandungan Al-Qur‘an dan As-Sunnah.

Masyarakat Islam telah dilanda oleh pelbagai kecelaruan dalam memahami tentang akidah Islam yang sebenar. Kita merasa amat dukacita dalam suasana keghairahan umat Islam hendak mendekati dan menghayati ajaran Islam ini, ada di kalangan umat Islam yang masih teraba-raba mencari kebenaran tersebut. Natijahnya menyebabkan sebahagian umat Islam terjebak ke dalam fahaman dan ajaran sesat yang ditaja oleh golongan-golongan tertentu yang mempunyai kepentingan hawa nafsu dan kebendaan.

PENSYARAH
ABD AZIZ BIN HARJIN

NAMA
MOHD ROZAIMI BIN SALLEH

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com


Muslim Bertaqwa -

DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH CITU

DISEDIAKAN OLEH:
SYAZWANI BINTI SALEH
NO. PELAJAR:2007112937

TARIKH:

08 OGOS 2008

ABSTRAK:
Manusia di dunia fana ini akan sentiasa didalam kerugian seandainya tiada ketaqwaan didalam diri masing-masing. Manusia juga merupakan makhluk yang lemah dan tanpa bantuan sumber untuk membimbing mereka, pastinya akan terus berada dalam kesesatan. Taqwa adalah salah perkara yang paling penting dalam menentukan peningkatan martabat dan status manusia. Allah S.W.T menilai manusia melalui ketaqwaannya. Hal ini adalah kerana Allah S.W.T memandang mulia terhadap mereka yang mempunyai ketaqwaan yang tinggi. Ketaqwaan juga merupakan asas penting untuk merealisasikan keimanan kepada Maha Pencipta segala alam meliputi langit dan bumi. Justeru itu adalah penting bagi kita untuk mengetahui apakah yang patut kita lakukan dalam usaha menperkukuhkan lagi ketaqwaan kepada-Nya.

PENDAHULUAN

Taqwa merupakan agenda yang penting didalam kehidupan muslim yang beriman kepada Allah S.W.T.. Melalui ketaqwaan ini akan dapat memantapkan lagi jati diri sebagai seorang muslim yang sejati. Terdapat banyak faktor yang akan menjawab persoalan kenapa pentingnya taqwa dalam kehidupan manusia khususnya muslim. Keberkatan hidup dunia akan lebih direhdai seandainya umat Islam mengamalkan kehidupan sebagai muslim secara menyeluruh. Ketaqwaan boleh memberi banyak kebaikan kepada muslim kerana dapat menyumbang kepada ketenangan jiwa manusia. Ia juga dapat menghindari dan mengawal perbuatan manusia daripada melakukan perkara yang sia-sia.



Oleh hal yang sedemikian, kita amatlah memerlukan panduan hidup dalam memperlengkapkan lagi keperibadian kita sebagai muslim yang sejati. Sesungguhnya kita perlulah berusaha untuk meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T.. Dalam firman-Nya yang bermaksud “Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.” (Al-Hujurat:13)

TAKRIFAN

Taqwa secara umumnya ditakrifkan tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah S.W.T dan meninggalkan segala larangan-Nya. Takrifan dari segi syarak pula bermaksud menjaga dan memelihara diri dari segala seksa dan murka Allah dengan menlaksanakan perintah kepada-Nya dan meninggalkan larangan-Nya serta menjauhi maksiat. Jika dilihat melalui kaca mata Al-Quran mempunyai beberapa takrifan antaranya taqwa beerti takut kepada Allah. Selain itu taqwa juga bermakna ketaatan dan ibadah. Serta beerti bersih hati dari dosa. Selain itu,para ahli tasawuf menafsirkan taqwa sebagai membentangi diri dari segala perkara yang boleh menjuruskan diri ke dalam lembah dosa. Manakala Imam Al- Ghazali pula menerangkan taqwa berasal dari perkataan wiqayah yang membawa erti pelindung atau pemelihara, iaitu tepelihara dari kejahatan disebabkan adanya keinginan kuat untuk meninggalkan perkara yang jahat.

Terdapat banyak lagi pendapat tentang pengertian taqwa ini. Tapi dapatlah disimpulkan disini iaitu ciri-ciri yang menunjukan orang bertaqwa ialah meninggalkan perkara yang dilarang-Nya,hindari diri dari perkara yang boleh menjauhkan diri daripada Allah,tinggalkan segala kata jiwa dan tentang hawa nafsu,memelihara dan melaksanakan tatacara hidup mengikut syariah Islam serta mengikuti tuntutan Rasullulah S.A.W.

SEBAB MANUSIA PERLU BERTAQWA

Junjungan kita Rasullulah S.A.W serta para nabi dan rasul adalah merupakan contoh terdekat yang mengamalkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T secara berterusan. Terdapat banyak alasan kenapa Allah begitu menekankan soal ketaqwaan kepada setiap muslim. Antaranya kerana taqwa adalah penting dalam usaha merealisasikan konsep kehambaan terhadap Allah S.W.T.. Kepatutahan kita kepada Tuhan yang menguasai segalanya adalah penting,oleh itu kita diwajibkan patuh kepada-Nya. Selain itu, ia adalah penting untuk meneguhkan pegangan manusia dengan mentauhidkan Allah. Pegangan kita dalam usaha mentauhidkan Allah adalah agama Islam,jadi kita perlulah mengamalkan secara menyeluruh apa yang telah diperintahkan kepada kita.

Mengingatkan manusia agar menjauhi larangan Allah. Taqwa penting bagi mengelakkan kita dari terjebak dalam perkara yang berkaitan kejahatan dan maksiat. Sebab lain pula adalah untuk menyedarkan manusia supaya tidak menyalahgunakan nikmat Allah. Nikamt yang telah dikurniakan perlulah digunakan ke jalan kebaikan bukannya ke jalan kejahatan. Oleh itu,taqwa penting dalam mendidik diri kita supaya sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah dibagi oleh-Nya. Tambahan pula,manusia perlu bertaqwa bagi membolehkan manusia membuktikan keimanannya kepada Allah S.W.T. Ketaqwaan akan membawa terus kepada tahap keimanan yang menjadi asas sebagai muslim bertaqwa. Sebagai makhluk ciptaan Allah, kita perlulah sentiasa berusaha meningkatkan keimanan kepada-Nya. Selain itu, dengan adanya sifat taqwa dalam diri kita akan membolehkan manusia mudah untuk mendapat kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Sifat taqwa mengajar kita supaya sabar berusaha dalam mendapatkan kehidupan yang lebih baik lagi.

Ketaqwaan juga dapat mengajar manusia membezakan antara perkara yang baik dengan perkara buruk. Adanya taqwa dapat mendidik hati kita untuk menentukan sesuatu perkara dengan betul dan terbaik. Kita perlulah menggunakan akal dengan sebaiknya demi kebaikan diri sendiri. Taqwa juga mengajar manusia agar sentiasa bercakap benar. Percakapan yang benar dapat membentuk jati diri yang mulia. Berbicara benar akan disukai oleh Allah dan masyarakat sekeliling. Terdapat lagi sebab-sebab lain iaitu, supaya manusia terselamat dari tergolong orang fasik,supaya manusia makan dari hasil yang halal,dapat mewujudkan perasaan takut manusia terhadap hari kiamat,supaya manusia tidak mengikuti jejak orang kafir,selain itu supaya manusia menjaga maruah sesama muslim,mewujudkan nilai perpaduan dalam masyarakat dan supaya manusia tidak mendahului Allah dan Rasul dalam menetapkan sesuatu hukum.

JALAN HIDUP UNTUK MENCAPAI TAQWA

Dalam mempertingkatkan usaha bagi memperolehi taqwa, beberapa langkah-langkah penting yang disarankan kepada setiap muslim adalah antaranya:
i) Mengingati Allah (zikirullah)

Mengingati Allah dengan berzikir dapat menberi ketenangan jiwa dan hati yang tenteram dengan mengingatinya. Hati yang tenteram adalah merupakan salah satu kesihatan rohaniah yang penting dalam memupuk sifat taqwa dalam diri setiap muslim. Dengan berzikir juga dapat mengubati penyakit hati. Zikir yang membawa pengertian iaitu menyebut nama-nama Allah dengan memuji dan mensucikan Allah dengan segala sifat kebesaran dan kesempurnaan-Nya. Ini sekaligus akan menimbulkan rasa kecintaan kepada Allah S.W.T..

ii) Mengerjakan solat sunat

Aspek rohani adalah penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu,bagi mencapai kekuatan rohani,adalah penting bagi setiap muslim mengerjakan solat wajib iaitu solat lima waktu. Solat merupakan ibadah paling utama dari amalan-amalan yang lain. Disebabkan itu, muslim disarankan mengerjakan solat sunat seperti solat sunat tahajjud,tasbih,taubat dan sebagainya bagi memperkukuhkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.. Terdapat banyak kebaikan yang dapat kita perolehi dari ibadah solat ini seperti mendidik diri berdisiplin,menanam sifat sabar dalam menunaikan ibadah,mudahkan untuk masuk syurga,memancarkan sinar cahaya di kiamat kelak dan menjadikan seseorang itu sentiasa mengingati Allah S.W.T..

iii) Taubat

Taubat beerti menghentikan segala perbuatan dosanya dan menyesali serta bernekad tidak akan mengulangi perbuatan dosanya itu. Taubat juga merupakan salah satu sifat yang ada pada orang-orang yang bertaqwa dan beramal salih. Taubat amat penting kerana ia dapat mendekatkan diri,menyucikan diri serta demi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Allah S.W.T. sentiasa membuka pintu taubat seluas-luasnya kepada hamba-Nya. Terdapat 3 kategori taubat iaitu taubat orang awam,taubat khusus dan taubat lebih khusus. Banyak faedah yang kita perolehi jika kita sentiasa bertaubat, antaranya, dapat membersihkan diri dari dosa, mendapat ketenangan jiwa serta kemenangan,akan tergolong dalam orang yang tidak berdosa dan taubatnya akan diterima oleh Allah S.W.T..

iv) Takut kepada Allah (khauf)

Perasaan takut juga merupakan salah satu cara untuk mencapai taqwa kepada-Nya. Sifat takut ini dapat mendorong seseorang mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang terlarang dan dosa. Takut akan perbuatannya akan disaksikan oleh Allah S.W.T akan menyebabkan seseorang akan sentiasa menjaga kelakuannya. Menurut Ibnu Al-Muqadasi: takut kepada Allah itu akan mendorong seseorang untuk mengamalkan ilmunya dan akan mendorong untuk lebih banyak beramal bakti kerana ilmu dan amal dapat mendekatkan dirinya kepada Allah S.W.T.. Selain itu, sifat takut ini akan menimbulkan sifat-sifat lain seperti zuhud,warak,muraqabah,muhasabah dan sebagainya. Antara prinsip-prinsip yang perlu difahami apabila menyentuh soal takut ini ialah perasaan takut akan ancaman-Nya. Takut jika melanggar perintah Allah, nescaya akan ditimpa ancaman dalam pelbagai bentuk contohnya kejadian tsunami yang telah menimpa kita beberapa tahun yang lalu. Perkara ini adalah terang lagi bersuluh. Takut akan ditolak segala amal kebajikannya juga adalah salah satu prinsip. Ini kerana segala kebajikan yang kita lakukan adalah disaksikan oleh Allah S.W.T.. Selain itu,takut tidak akan mendapat sebarang petunjuk dan rahmat-Nya juga prinsip takut. Per buatan yang mengingkari Allah juga akan menyebabkan Allah S.W.T. tidak akan menberi hidayah kepada mereka. Namun, sesungguhnya orang yang paling takut kepada Allah S.W.T. adalah para nabi dan Rasul serta para salihin dan ulama.

Antara ciri-ciri orang yang mempunyai sifat takut kepada-Nya ialah akan gementar hatinya dan makin kuat imannya apabila dibacakan ayat-ayat Allah, sentiasa mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan membelanjakan sebahagian rezekinya pada jalan Allah,menjaga diri dan keluarga dari segala larangan Allah,sentiasa taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan bertaubat serta memohon ampun kepada Allah S.W.T.. Kelebihan orang yang takut kepada Allah adalah mereka akan memperolehi kebahagian hodup di dunia dan di akhirat,akan selamat dari neraka,akan memperolehi balasan syurga dan lain-lain lagi.

v) Mujahadah

Mujahadah adalah penyerahan bersungguh-sungguh demi menyingkirkan nafsu dan syahwat. Mujahadah dalam memerangi nafsu adalah penting kerana ianya adalah merupakan jihad yang paling besar dan paling dituntut dalam agama. Nafsu juga adalah merupakan musuh manusia. Allah telah menerangkan 3 jenis nafsu manusia iaitu nafsu ammarah,nafsu lawwamah dan nafsu mutmainnah. Nafsu ammarah merupakan musuh manusia dan orang yang beriman kerana ia sentiasa menghasut supaya meninggalkan kebaikan dan ibadah. Menurut Prof. Dr Hamka terdapat 3 aspek ciri-ciri perjuangan melawan nafsu iaitu:Tewas terhadap nafsu iaitu menjadikan nafsu sebagai tuhan yakni mengutamakan nafsu lebih dari segalanya.Jika seseorang itu menang dalam melawan nafsu dipanggil mujahid kerana jika maut ketika melawan nafsu akan dikira syahid. Ini menunjukkan betapa besarnya jihad terhadap hawa nafsu.Orang yang dapat mengalahkan hawa nafsu serta mengusirnya dalam kehidupan akan selamat dari dipermainkan oleh hawa nafsu.Kesimpulannya, mujahadah adalah penting dalam setiap diri muslim dalam memperkukuhkan lagi ketaqwaan kita terhadap Allah S.W.T..

vi) Muhasabah

Muhasabah adalah perbuatan yang melihat dan merenung diri sendiri untuk mempersoalkan tentang tindakan kita demi menghindari kemurkaan-Nya. Kita sepatutnya sentiasa bermuhasabah diri setiap hari walaupun sekejap. Sifat ini juga patut disusuli dengan sifat membersihkan diri. Konsep muhasabah mengikut Imam Al-Ghazali ialah keperluan kita menjaga tujuh anggota penting iaitu mata, telinga, lidah, perut,kemaluan,tangan serta kaki. Mata merupakan anggota yang paling penting kerana dengan matalah kita mampu melihat kebesaran-Nya. Oleh itu,adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga mata daripada melihat perkara-perkara maksiat dan sebagainya yang membawa keburukan kepada diri sendiri. Telinga pula hendaklah dipelihara dari mendengar fitnah caci-maki dan sebagainya. Telinga dikurniakan kepada kita kerana kepentingannya dalam komunikasi serta dapat mendengar ayat-ayat suci Allah S.W.T.. Selain itu, lidah juga perlulah dijaga dari mengeluarkan kata-kata fitnah,mengumpat dan sebagainya. Kita perlulah menggunakan sebaiknya lidah dengan berzikir, membaca kitab suci Al-Quran dan sebagainya. Bagi hal perut pula, kita juga perlu memelihara perut dengan cara memakan makanan yang sihat dan paling penting adalah halal seperti yang disarankan oleh Islam.

Manalaka kemaluan pula adalah nikmat yang paling wajib dijaga kerana jika tidak dijaga dengan sebaiknya,nescaya akan mendatangkan kemudaratan kepada diri. Anggota ini perlu dijaga dari terjebak dengan zina,liwat serta hubungan sonsang. Tangan dan kaki juga hendaklah dijaga dengan sebaiknya kerana anggota-anggota ini adalah penting melakukan pergerakan untuk melakukan ibadah serta aktiviti-aktiviti harian kita. Kita perlulah menjaga anggota dengan tidak mengunjungi tempat-tempat maksiat dan melakukan maksiat.

Dapatlah disimpulkan di sini, kesemua anggota demi melakukan ibadat sekaligus dapat meningkatkan taqwa dalam diri masinh-masing.

vii) Muraqabah (mawas diri)

Muraqabah menurut Imam AL-Qusyairi ialah sentiasa menyakini Allah melihat dan mengawasi dirinya yakni diri kita. Kita sebagai muslim sejati seharusnya mengamalkan muraqah kerana kita akan sentiasa membataskan diri sendiri dalam setiap pergerakan seharian kita agar tidak terjebak dengan mana-mana perkara yang tidak berfaedah. Setiap amalan yang dilakukan oleh seseorang,seharus dilakukan atas dasar kerehdaan Allah S.W.T.. Ini adalah kerana, amalan manusia berdasarkan kepada tiga keadaan iaitu amalan berbentuk ketaatan kepada Allah S.W.T., amalan berbentuk yang dibolehkan dan amalan yang berbentuk maksiat. Amalan ketaatan hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas kerana-Nya. Manakala, amalan yang dibolehkan harus dipenuhi dan dilaksanakan dengan syarat tidak lupa untuk bersyukur apabila mendapat nikmat dan bersabar apabila mendapat musibah.

Amalan maksiat perlulah dijauhi sejauhnya dengan segera dan bertaubat kepada Allah S.W.T.. Oleh itu,sifat ini adalah penting untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T..

viii) Sabar
Sabar membawa erti bertahan terhadap sesuatu dugaan atau kejadian dengan tabah serta bersifat redha dan menyerahkan segalanya kepada Allah S.W.T.. Sebagai seorang muslim, kita seharusnya mempunyai sifat sabar dalam kehidupan seharian. Hal ini adalah kerana akan melatih diri tabah menangani cabaran dan dugaan hidup. Menurut ahli filsafat Islam, sabar boleh dikategorikan kepada beberapa aspek. Pertamanya, sabar menjalankan ibadah,iaitu sentiasa tekun menjalankan perintah Allah dangan seikhlasnya. Ketika melakukan ibadah perlulah menanamkan niat ikhlas kerana Allah. Kita juga hendaklah khusyuk dalam ibadah terutamanya dalam solat serta setelah selesai sesuatu ibadah,hendaklah menyerahkannya kepada Allah. Keduanya, kita perlulah sabar terhadap dugaan seperti bala dan bencana. Sebenarnya, jika difikirkan setiap dugaan dan bencana yang Allah timpakan ke atas kita ada hikmah dan pengajarannya. Oleh itu, kita hendaklah sabar terhadap dugaan dunia ini.

Seterusnya, sabar terhadap maksiat. Maksudnya, berusaha menahan diri daripada melakukan maksiat serta perbuatan jahat. Manusia sentiasa digoda syaitan. Oleh itu, kita perlulah sabar serta menahan diri agar tidak terjebak dengan godaan syaitan yang sentiasa mahu melihat manusia mengingkari perintah Allah. Kita perlulah berdoa setiap hari agar ditetapkan iman dalam dada. Kita juga perlulah sabar dalam perjuangan menempuh hidup dan sabar terhadap pengaruh kehidupan duniawi yang kadang-kadang melalaikan kita tanggungjawab sebagai muslim sejati. Terdapat banyak kelebihan orang yang mempunyai sifat sabar ini. Antaranya ialah akan mendapat pahala yang besar,mendapat keampunan dosa daripada Allah, akan mudahnya mendapat pertolongan daripada Allah S.W.T., menperolehi kedudukan yang tinggi dan lain-lain lagi.

ix) Qana’ah
Qana’ah bermaksud menerima dengan rela yang telah ada atau sentiasa merasa cukup dengan apa yang telah dikurniakan. Sifat ini merupakan salah satu sifat yang terpuji dan sepatutnya setiap muslim patut mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Menurut Abu Zakaria Ansari, qana’ah ialah merasa cukup dengan apa yang dimilikinya seperti keperluannya dalam bentuk makanan, pakaian, atau apa sahaja yang dimilikinya. Manakala konsep qana’ah dalam Islam adalah mencakupi segala aspek permilikan dan apa-apa yang ditempuhi dalam kehidupan seharian. Jika mengambil pandangan Prof Dr. Hamka, qana’ah menggariskan lima ciri penting dalam diri setiap muslim iaitu redha dengan apa yang ada, memohon kepada Allah disertai dengan usaha dan ikhtiar, bertawakal kepada-Nya, menerima ketentuan Allah dengan sabar serta tidak tertarik oleh tipu daya duniawi yang bersifat hanya sementara ini.

Segala pekerjaan yang dilakukan oleh setiap orang haruslah disusuli dengan perasaan sabar serta bersyukur setelah mendapat ganjaran setimpal yang telah diusahakan. Antara kelebihan-kelebihan orang yang mengamalkan sifat qana’ah ialah kita akan tergolong dalam golongan yang berjaya dan sentiasa merasa cukup dengan rezekinya yang diperolehi daripada-Nya. Selain itu,kita perlulah sentiasa tekun mencari rezeki yanh halal tanpa sebarang keraguan yang menghalang. Ia juga dapat mendidik diri untuk bersyukur kepada nikmat Allah. Tambahan pula, sifat ini juga dapat menghindari rasa tamak dan haloba dalam mencari rezekidan harta kurniaan Allah S.W.T.. Oleh itu, kita perlulah mengamalkan kesederhanaan dalam hidup kita. Ketahuilah segala yang kita perolehi adalah dengan bantuan Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

x) Warak

Warak juga merupakan salah satu cara dalam menuju ketaqwaan kepada Allah S.W.T.. Warak adalah menyingkirkan syubhat dan dari halal yang yidak akan membawa kebaikan ke dalam kehidupan terutamanya agama. Menurut Ibrahim Ibnu Adham pula warak bermaksud meninggalkan segala syubhat dan yang tidak mempunyai kepentingan iaitu meninggalkan kemewahan yang berlebihan.manakala menurut Imam Nawawi pula mengklasifikasikan warak menjaga segala halal dan haramnya termasuk makanan, pakaian tempat tinggal dan yang berkaitan dengannya. Warak hendaklah ditanamkan dalam setiap diri muslim kerana ianya dapat menghindari sifat takbur dan lupa diri kepada Allah S.W.T.. Terdapat sepuluh cara dalam usaha mencapai warak iaitu memelihara lidah dari mengumpat. Sesungguhnya mengumpat amatlah dimurkai oleh-Nya kerana ia tentunya akan menjatuhkan maruah orang diumpat itu. Mengumpat juga adalah satu dosa besar yang akan dilaknat oleh Allah S.W.T di akhirat kelak. Kita juga perlulah menghindarkan diri dari buruk sangka. Kita janganlah berburuk sangka terhadap sesama muslim kerana buruk sangka juga adalah satu dosa. Selain itu, kita janganlah menghina dan merendahkan-rendahkan orang lain. Perkara ini perlulah dielak sama sekali kerana kita tidak mengetahui jika kaum yang yang dihina itu adalah lebih baik daripada yang menghina. Tambahan pula, paling penting untuk mencapai warak adalah memelihara pandangan dari perkara yang haram. Maksudnya, kita hendaklah menjaga mata dengan cara tidak melihat perkara-perkara maksiat. Seterusnya membelanjakan harta ke jalan Allah,sentiasa mengingati nikmat yang dikurniakan-Nya serta memanfaatkanya, jujur,berlaku benar dan adil,sentiasa memelihara solat,istiqamah mengikut Rasullulah serta jamaah Islam dan jangan terlalu mementingkan kedudukan serta janganlah sombong sesama manusia. Menurut Hasan Al-Basri pernah berkata, kebaikan agama adalah warak manakala kerosakan kepada agama ialah tamak. Antara kelebihan orang yang warak adalah tergolong dalam golongan yang banyak ibadahnya, menyenangkan perjalanan memasuki syurga tanpa hisab,diberkati dan sentiasa diberi petunjuk oleh-Nya.

xi) Zuhud

Kehidupan dunia sememangnya ada yang membawa kepada kelalaian. Oleh itu, sifat zuhud adalah sifat yang mulia dan sekaligus boleh menuju kepada taqwa. Terdapat beberapa pendapat yenyang pengertian zuhud antaranya oleh Imam Al-Ghazali. Menurutnya,zuhud adalah sifat mengurangkan keinginan kepada duniawi dan menjauhkan dengan adanya kesedaran. Sebahagian ulama pula mengatakan zuhud ialah meninggalkan kesenangan duniawi demi akhirat kelak. Seperti yang diketahui, menurut Syeikh Ahmad Ibnu As-Sukandari,terdapat tiga ciri-ciri orang yang mempunyai sifat zuhud. Ciri-ciri tersebut adalah orang itu hanya sukakan dunia sedikit sahaja,sederhana dalam pelbagai hal,menerima seadanya dan tidak risau akan sesuatu yang telah tiada. Selain itu, orang zuhud juga menyamakan celaan dan pujian adalah sama sahaja serta sentiasa mendahulukan keredhaan Allah S.W.T. dari keredhaan manusia. Antara aspek penting yang ditekankan adalah sentiasa menghindari diri dari penipuan dan habuan dunia, kita hendaklah menganggap dunia hanya dugaan,mencari tuntutan dunia untuk kepentingan akhirat,kita juga hendaklah mencari kemewahan dunia yang tidak akan melalaikan kewajipan sebagai muslim serta hendaklah berjaga agar tidak terpedaya dengan kemewahan dunia yang hanya bersifat sementara. Oleh itu, kita perlulah mengamalkan sifat zuhud bagi menyeimbangi dunia dan akhirat.

xii) Tawaduk dan istiqamah

Tawaduk bermaksud tunduk dan patuh kepada perintah Allah S.W.T.. Tawaduk juga boleh terjadi kepada sesama muslim iaitu sentiasa merendah diri sesama muslim. Janganlah kita mempunyai sifat takabur. Kita perlulah menghormati manusia sejagat tanpa mengira keturunan,agama,bangsa serta warna kulit. Mengamalkan sifat tawaduk juga penting bagi menyemai akhlak mulia. Ia adalah salah astu cara untuk menjadi seorang muslim yang bertaqwa.Manakala istiqamah pula beerti tegak,tetap dan lurus. Dari segi syarak pula beerti,sentiasa teguh di jalan yang benar, lurus,berpegang pada aqidah Islam dan mengamalkan syariat dengan tekun. Islam menggalakkan umatnya agar sentiasa istiqamah dalam menjalankan ibadah dan segala yang boleh membawa kebaikan di dunia dan di akhirat. Istiqamah terbahagi kepada tiga, istiqamah dengan hati iaitu tetapkan iman dalam hati. Kedua adalah istiqamah denganfizikal iaitu tekun melakukan ibadah dan kerja demi keredhaan-Nya. Ketiganya adalah istiqamah dengan lisan iaitu menjaga lidah dalam berkata-kata. Banyak kelebihan jika kita sentiasa istiqamah dalam hidup. Antaranya ialah, kita akan memperolehi balasan yang besar daripada Allah, iaitu syurga. Selain itu, ia dapat membantu mabusia mencapai kesempurnaan hidup, dapat melindungi akal serta hati dan juga akan tergolong dalam golongan orang yang taat kepada Allah S.W.T.. Dapatlah disimpulkan disini, istiqamah penting dalam memperkukuhkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.

xiii) Tawakal kepada Allah S.W.T..

Seperti yang diketahui tawakal adalah merupakan aspek yang paling penting

dalam aqidah setiap muslim. Tawakal juga merupakan kunci untuk mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat. Ia juga boleh mengukur tahap keimanan seseorang ketika menghadapi rencah kehidupan didunia. Tawakal juga menjadi asas untuk berjaya melalui usaha dan ikhtiar serta bersabar menghadapi taqdir-Nya. Dalam Al-Quran juga telah dijelaskan kelebihan orang yang bertawakal iaitu balasan syurga untuknya,mendapat hikmah yang besar,mendapat keperluan yang diinginkan,mencapai kebahagian dunia dan akhirat dan dikasihi oleh Allah S.W.T..

JANJI ALLAH KEPADA ORANG BERTAQWA

Antara janji-janji Allah terhadap orang yang bertaqwa ialah akan mendapat pengampunan dosa dari Allah. Sesungguhnya Allah telah berfirman akan mengampunkan segala dosa seandainya kita bertaqwa kepada-Nya. Selain dihapuskan dosa, orang yang bertaqwa akan mendapat balasan pahala. Pahala akan diberikan sekiranya kita sentiasa bertaqwa kepada-Nya. Rahmat juga akan dikurniakan kepada mereka yang bertaqwa. Tambahan pula,orang yang bertaqwa juga akan memperolehi kesenangan hidup di dunia dan di akhirat. Jika mendapat kejayaan didunia, kejayaan di akhirat juga akan terjamin dengan syarat sentiasa menjalankan tanggungjawab kita sebagai mulim sejati. Selain itu juga, orang yang bertaqwa juga akan diselamatkan oleh Allah dari azab api neraka dan diberi balasan syurga.

KESIMPULAN

Apa yang dapat kita simpulkan adalah penting bagi setiap umat Islam berusaha untuk mencapai ketaqwaan kepada Allah S.W.T.. Sifat-sifat seperti tawaduk,tawakal, kauf, munasabah dan lain-lain seperti yang telah diketahui sebelum ini hendaklah diamalkan selalu bagi memperolehi taqwa demi kebaikan muslim itu sendiri. Sifat ini perlulah sentiasa disemai dalam diri kita dan perlulah sentiasa berusaha kearah itu, kearah kebaikan. Taqwa perlu diamalkan selalu dalam menghadapi cabaran kehidupan dunia yang sementara ini.

RUJUKAN
Drs. Hanafi Mohamed. (1996). Bagaimana Menjadi Muslim Bertaqwa. Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publishers.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my

http://abdazizharjin.blogspot.com

Puasa -

Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin.
Disediakan oleh: Wan Sharu Adam Bin Wan Ismail
No. Uitm / Matrik: 2007112933

Penghargaan
Pertama sekali saya mengucapkan banyak syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya saya dapat menyiapkan kerja yang di berikan dalam masa yang di tetapkan oleh pensyarah.

Saya berharap kerja saya ini dapat di gunakan pada masa hadapan walaupun tidaklah selengkap buku. Saya juga berharap kerja saya ini dapat memberi manfaat kepada umat islam yang ingin menjalankan ibadah puasa dengan sempurna dan di redhai Allah s.w.t.

Setelah saya selesai membuat kerja ini saya dapati banyak benda yang saya tidak ketahui tentang puasa dan ia banyak membantu saya untuk menjalankan ibadah puasa supaya lebih sempurna. Dengan terbit nya ringkasan buku ini,saya dapat pengetahuan yang lebih tentang ibadah puasa.

Seterunya saya ingin mengucapkan terima kasih kedapa pensyarah saya kerana telah memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan ringkasan ini.

Abstrak

Ringkasan buku yang bertajuk ‘Ibadah Puasa’ ini menceritakan tentang tanggungjawab dan tugas serta kewajipan kita tentang ibadah puasa. Huraian dari buku ini di buat oleh para ilmuan dan para doktor yang bertungkus lumus mengungkap kebenaran dan mencapai hasil yang memuaskan.

Dalam ringkasan yang telah saya siapkan ini adalah mengenai tentang pemilihan makanan untuk bersahur dan juga untuk berbuka puasa. Dalam huraian tersebut di jelaskan dengan lebih mendalam tentang perkara tersebut. Selain itu, ia juga merangkumi tentang rukhsah puasa. Terdapat pelbagai kenyataan tentang yang boleh di rukhsah kan puasa. Ringkasan ini juga menerangkan tentang hari-hari yang di sunat kan atau makhruh atau haram untuk berpuasa. Malah, syarat-syarat wajib puasa dan perkara yang membatalkan puasa juga di nyatakan dalam ringkasan ini.

Sebagai kesimpulan nya, sama-sama lah kita mengerjakan rukun Islam yang ke-3 ini dengan sempurna. Semoga Allah s.w.t merahmati segala perbuatan dan amalan-amalan kita di muka bumi ini.

Mukaddimah

Melalui buku ini saya ingin menjelaskan hubungan antara puasa dengan aspek-aspek kehidupan manusia. Huraian ini di buat berdasarkan penelitian –penelitian yang di lakukan oleh sekelompok ilmuwan dan para doktor yag berusaha mengungkap kebenaran sesuai dengan ilmu moden agar mencapai hasil yang memuaskan.

Inilah segi pengetahuan yang baru dicapai oleh para ilmuwan sampai saat ini. Namum begitu,pintu masih terbuka lebar untuk kita membuat kajian lebih lanjut agar terungkap segala hikmah yang bersumber dari keagungan ilahi dari semasa ke semasa.

Semuanya adalah segi lain selain dari ibadah yang merupakan dasar bagi di wajibkan berpuasa. Ibadat puasa memang merupakan tugas dan kewajipan kita,sama ada kita mengetahui atau tidak hikmah berpuasa tersebut.

Mudah- mudahan dengan membaca lembaran yang sedikit ini akan membuat kita merasakan nikmat berpuasa pada hari-hari selain bulan Ramadan,agar di sebalik itu kita dapat memetik manfaat yang banyak di dunia,di samping pahala yang besar di akhirat kelak.semoga allah menunjuki kita jalan yang lurus dan benar.

Sejarah Ringkas puasa

Puasa bukan bermaksud untuk penyeksaan, tetapi untuk kesihatan, pendidikan, ketaatan dan latihan berdisiplin.disiplin adalah pangkal kemajuan.

Sejarah, ilmu dan agama mengakui bahawa berpuasa itu adalah sebahagian keperluan hidup , mengingat banyak faedahnya bagi jiwa,raga dan kehidupan bermasyarakat.

Puasa adalah suatu kebenaran yang di tetapkan oleh al-quran yang tidak mungkin diingkari lagi.apabila kita membaca sejarah ,akan kta dapati orang-orang mesir kuno ,khususnya dukun-dukun dan pembesar agama, yang melaksanakan puasa.waktunya dari seminggu sampai enam minggu.

Orang-orang cina dan yunani kuno juga melaksanakan puasa meniru kebiasaan orang mesir kuno.lain halnya dengan orang rumawi, mereka berpuasa untuk memohon bantuan melawan musuh.begitu juga kaum yahudi , mereka sangat memperhatikan puasa , terutama ketika di ancam oleh sesuatu bahaya atau bencana besar.kaum nasrani juga berpuasa sesuai dengan cara mereka.

Islam juga menganjurkan kaum muslimin supaya berpuasa pada hari-hari selain dari bulan Ramadan.rasullullah s.a.w. kadang –kadang berpuasa pada kesempatan tertentu.orang yang berpuasa pada bulan Ramadan , kemudian di ikuti enam hari pada bulan syawal ,sama dengan berpuasa selama setahun .selain itu ada puasa wukuf pada hari arafah ,puasa sunat hari khamis dan isnin ,puasa kaffarah dan lain-lain.

Memilih Makanan untuk Berbuka dan Bersahur

Berbuka

Makanlah sejumlah tamar yang manis sebagaimana yang dianjurkan oleh rasullullah s.a.w. kerana gula yang terdapat dalam tamar itu cepat meresap ke dalam darah.dengan demikian akan hilanglah rasa lapar dan badan anda segar semula. Selain itu kita juga tidak di galakkan untuk terus makan,sebaliknya anda tunaikan solat maghrib terlebih dahulu.

Selesai solat bolehlah anda makan hidangan ringan seperti bubur sebagai permulaan perut bekerja. Kerana perit kita tidak boleh menerima makanan yang terlalu berat sebagai permulaan. Hindari makanan berempah kerana ia merangsang selaput lendir pada perut yang boleh menyebabkan radang

Hindari makanan berlemak kerana ia akan memberatkan perut. Ini akan menyebabkan proses pencernaan menjadi lebih lama.

Bersahur

Makanan untuk bersahur seharusnya yang agak ringan seperti mentega,keju,sup daging,buah-buahan. Makanan seperti ini dapat member kan tenaga yang mencukupi untuk membuat kerja di siang hari. Jangan terus tidur selepas bersahur kerana alat percernaan lambat bekerja semasa kita tidur. Oleh itu kite perlu memberi kesempatan kepadanya untuk bekerja sebelum kita tidur.

Makanan yang dibakar jauh lebih baik daripada makanan yang di goreng kerana makanan yang di goreng banyak mengandungi lemak.lemak yang terkandung dalam makanan tidak sesuai untuk tubuh badan kita tambahan di bulan puasa. Zat makanan yang sempurna adalah yang terdiri daripada protein,lemak,zat kanji,mineral,vitamin. Oleh itu usahakanlah agar makanan untuk bersahur mengandungi unsur-unsur tersebut.

Jika anda perlu makan ubat dan sangup berpuasa ,maka jangan sampai terlupa makan ubat. Sekiranya penyakit itu mengganggu kesihatan maka anda di galakkan untuk tidak berpuasa. Ubat mesti di teruskan walaupun pada bulan puasa.

Rukhsah Puasa

Pesakit cirit-birit kerana pesakit ini memerlukan cairan dan garam sebagai pengganti yang hilang.kalau tidak,dapat membahayakan ginjal dan peredaran darah. Selain dari itu ialh mengidap deman panas ,di mana suhu badabnye memuncak tinggi dan menambah pembakar di dalam badan.dalam keadaan ini pesakit memerlukan ubat-ubatan dan makanan yang sesuai.

Pesakit gastrik kerana penyakit ini memerlukan pengidap makan jika perut kosong akan menyebabkan sakit bertambah teruk. Pesakit gastric di haruskan untuk rukhsah puasa kerana ianya boleh membahayakan kesihatan. Pengidap anemia iaitu kekurangan darah.penyakit ini banyak penyebabnya.pesakit perlu makan ubat secukupnya.

Pengidap lemah jantung atau yang berkaitan dengan jantung. Pesakit ini tidak mampu untuk berpasa,maka di haruskan untuk tidak berpuasa. Pesakit ini juga perlu makan ubat pada waktu yang telah di tetapkan. Malah sekiranya pesakit ini berpuasa ianya boleh memudaratkan kesihatan. Pengidap kencing manis yang teruk. Biasa nya pesakit kencing manis memerlukan ubat yang perpanjangan serta mengikut waktu yang di tetapkan oleh doktor.

Nasihat untuk Orang Yang Berpuasa

Orang yang bekerja di ruangan berhawa dingin seperti pejabat, rumah, kilang, dan lain-lain jelas dapat berpuasa. Ini kerana mereka tidak memerlukan tenaga yang banyak.malah mereka juga tidak merasa penat jika nak di bandingkan denagn ornag yang bekerja di tengah panas. Manakala orang yang terpaksa bekerja di luar ruangan berhawa dingin bolehlah melakukan pekerjaan mereka pada malam hari atau pagi hari agar terhindar daripada sengatan matahari secara langsung.

Perlu kita perhatikan tambahan garam pada makanan semasa berbuka dan makan sahur ,untuk mengimbangi tenaga yang akan di keluarkan pada siang hari di samping itu juga kita harus banyak minum. Orang yang merasakan suhu badannya tidak normal sebaiknya berbuka puasa kalu tidak akan menyebabkan pengsan. Ini kerana di khuatiri akan memudaratkan kesihatan.

Kita perlu menutup kepala ,memakai pakaian yang berwarna putih dan longgar pada siang hari untuk membantu udara keluar masuk dan agar peluh mudah mengewap. Ianya dapat mengurangkan rasa tidak selesa dan boleh menyebabkan rasa kepenatan.

Panduan Tentang Makanan Yang Baik

Di sini juga di nyata kan panduan tentang cara pemakanan yang baik yang boleh kita ikuti sepanjang bulan ramadhan ataupun pada hari-hari puasa sunat. Antaranya ialah kadar makanan yang kita ambil atau makan perlulah mencukupi.

Makanan harus sempurna iaitu mengandungi zat makanan yang penting. Makanan yang sempurna ini dapat membantu kita memberikan tenaga yang mencukupi untuk badan kita sepanjang hari berpuasa. Panduan yang seterunya ialah makanan yang kita ambil itu seharusnya indah di pandang,enak rasa dan baunya.

Makanan harus babas daripada bahan-bahan beracun atau berbahaya dan dapat menimbulkan penyakit. Ini kerana makanan ini tidak mendatangkan kebaikan untuk diri kita sendiri. Kurangkan makanan seperti kuih bawang,manisan dan makanan-makanan yang di perbuat daripada tepung gandung dan gula.

Hindari rokok,minuman keras,cuka makan,lada,cili dan makanan yang pedas.makanan seperti ini sememang nya tidak bagus untuk kesihatan. Tambahan pada hari puasa,kita memerlukan makanan yang berkhasiat untuk tubuh. Utamakan memakan daging dan ikan bakar daripada yang di goreng. Banyakkan makan sayur-sayuran dan makanan yang segar kerena ia kaya dengan unsur-unsur zat makanan yang sangat manfaat kepada tubuh.

Hari-Hari Yang Sunat Atau Makhruh Atau Haram Berpuasa

Sunat

Hari isnin dan khamis. Hari isnin merupakan hari lahir rasullullah s.a.w. Seterunya hari pertama dari bulan-bulan yang haram,seperti muharram, rejab, zulkaedah, zulhijjah. Hari-hari yang dinyatakan ini sememangnya di sunatkan untuk berpuasa. Malah pahala yang di terima amat besar ganjaran nya.

Selain daripada itu kita juga di galakkan untuk sunat berpuasa pada hari-hari putih selama 3 hari pada setiap bulan dan menentukannya dengan tanggal 13,14,15.

Puasa pada hari arafah atau pada tanggal 9 zulhijjah bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadat haji. Hari tersebut merupakan hari yang baik untuk kita berpuasa. Kita juga di sunatkan untuk berpuasa pada hari asyura. Seterunya ialah puasa pada bulan Syaban. Puasa 6 hari dari bulan syawal sesudah hari raya aidilfitri.

Makhruh

Hari jumaat secara menyendiri dengan kata lain tidak puasa sesudah dan sebelumnya. Kita perlu berpuasa pada hari sebelumnya iaitu pada hari khamis atau hari selepasnya iaitu pada hari sabtu. Selain itu puasa juga akan jadi makhruk bila seseorang itu berpuasa sepanjang masa kecuali hari raya puasa dan korban.

haram

Terdapat beberapa hari yang di haram kan oleh Allah untuk berpuasa iaitu yang pertama pada hari raya puasa dan hari raya korban. Allah telah memberikan kebebasan kepada kita semua pada hari tersebut untuk merayakan hari kebesaran umat Islam. Selain itu hari yang di haramkan untuk berpuasa ialah pada hari-hari tasriq iaitu 11,12,13 zulhijjah.

Bagi seorang wanita yang sudah berkahwin kuasa terletak di tangan suaminya. Oleh itu puasa sunat seorang wanita yang suaminya tidak mengizinkan di haramkan untuk berpuasa. Isteri atau wanita tersebut perlulah meminta izin daripada suaminya terlebih dahulu untuk berpuasa sunat.

Puasa pada hari arafah yang di ragukan permulaan zulhijjah kerana kemungkinan hari raya korban. Ini kerana pada hari raya korban seluruh umat meraikan hari kebesaran kita semua dan hari tersebut di haramkan untuk berpuasa.selain itu puasa pada hari yang diragukan apakah hari ke-30 syaban ataukah awal Ramadan.

Puasa seorang wanita dalam keadaan nifas. Pengertian nifas ialah keadaan atau keluar darah bagi seorang wanita yang baru melahirkan zuriat.wanita seperti ini di haramkan untuk berpuasa. Seterunya ialah pada hari setengah bulan yang ke-2 dari bulan syaban.

Syarat Wajib Puasa

Islam tidak memaksa semua umat nya untuk melakukan ibadah. Oleh sebab itu,terdapat rukhsah puasa untuk orang yang tidak mampu dari segi kesihatan untuk tidak berpuasa seperti yang telah di nyatakan di atas. Di sini terdapat beberapa syarat- syarat wajib puasa. Antara nya ialah penganut agama islam atau umat Islam di wajibkan untuk berpuasa. Rukhsah diberikan kepada yang tidak mampu.

Selain itu, dewasa atau baligh. Kanak- kanak yang belum baligh atau yang kebanyakan nya di bawah umur 12tahun tidak di wajibkan untuk berpuasa. Syarat yang seterusnya ialah waras atau berakal. Bagi orang yang gila tidak di wajib kan untuk berpuasa. Ini kerana mereka tidak dapat berfikir dengan baik serta tidak boleh membezakan yang mana baik dan buruk.

Syarat yang ke empat ialah mampu untuk berpuasa. Maksud nya orang tersebut mampu dari segi kesihatan untuk berpuasa. Puasa yang boleh memudaratkan kesihatan tidak di wajibkan untuk berpuasa. Islam amat sempurna dalam atur kerja nya kerana orang seperti ini tidak di wajibkan untuk berpuasa.

Yang Membatalkan Puasa

Terdapat beberapa perkara yang boleh membatalkan puasa. Antaranya ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Rongga yang di maksudkan tidak semestinya mulut sahaja bahkan kesemua yang terdapat pada anggota tubuh badan kita. Contoh nya hidung. Bagi orang lelaki pula puasa akan terbatal sekiranya mengeluarkan air mani secara sengaja.

Seterunya ialah muntah dengan sengaja. Bagi mereka yang sengaja untuk muntah akan terbatal puasa nya. Lain hal dengan muntah secara tidak sengaja. Selain itu bagi pasangan suami atau isteri atau sesiapa sahaja yang bersetubuh di siang hari akan terbatak puasa nya. Malah Islam melarang sama sekali untuk bersetubuh di siang hari pada bulan Ramadhan.

Gila walaupun sekejap. Orang seperti ini juga akan terbatal puasa nya. Seterusnya ialah beralih agama atau murtad. Ornag yang beralih agama atau murtad akan terbatal puasa nya. Ini kerana beliau bukan lagi penganut agama Islam.

Penutup

Jika kami telah mengajak para pembaca untuk menyingkap sebahagian dari rahsia-rahsia puasa ,ini bukan bererti kami sudah mengungkapkan kesemuanya.tidak kerana ini hanya sebahagian dan merupakan batas daya pengetahuan kami dalam soal ini. Tetapi namum demikian,kami beranikan diri semoga apa yang kami persembahkan ini bermanfaat kiranya bagi mereka yang berminat dan suka membaca selanjutnya menjadi bahan pemikiran dari kita bersama dalam usaha mengamalkan dan menghayati ajaran islam yang suci.

Pasti dan yakin,yang kami kemukakan ini masih banyak kekurangan dan tidak mustahil pula banyak kekeliruan,tetapi harapan kami sangat besar semoga kekurangannya di lengkapkan oleh para budiman dan cendekiawan.

Sesudah itu semua ,kepadanya jua kita tetap mempersembahkan segala bentuk karya dan amal,mudah-mudahan kiranya di terima degan kemurahan-nya sebagai satu ibadat yang mendekatkan diri kita kepadanya.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com